norzalia Diterbitkan 28 May 2019

Kuih Bakar Bombai

Kuih Bakar Bombai

Resipi turun temurun keluarga saya dan juga onyang Uwe sebelah rumah. Resipi ini saya cuba sendiri dan hasilnya agak menarik dan sedap walaupun setelah bertahun tahun mencuba ini kali pertama menjadi seperti air tangan mak dan adik. Selalunya kuih bakar ini akan dibuat pada setiap hari raya. Untuk kami sekeluarga ini adalah tradisi raya. Bahan bahannya agak mudah dicari dan juga cara membuatnya senang. Cumanya kemenjadian kuih ini bergantung kepada teknik consistency bancuhan adunan yang tidak terlalu pekat atau cair. Dalam bidang culinary term yang digunakan adalah napee bererti adunan bersalut pada senduk.

Joom try cuba. Resipi ini menggunakan sukatan cawan yea. Tidak perlu beria timbang. Cuma gunakan cawan yang sama untuk mendapatkan adunan yang cantik. 

Kuih Bakar Bombai
(untuk 6 biji – menggunakan loyang kuih bakar bunga)

Bahan A
1 Cawan Telur
1 1/2 Cawan gula (mengikut tahap kemanisan kesukaan)

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 cawan santan pekat (dari sebiji kelapa perah tidak dicampur air)
5 helai daun pandan (dikisar untuk mendapatkan 1/2 cawan air pandan)
Sedikit pewarna hijau

Bahan C (Disangai dan dikisar halus)
Kulit Kayu Manis
Jintan Manis

Bijan sebagai hiasan 
Minyak Sapi untuk glis acuan

Method
Bahan A di kacau sehingga gula agak larut, masukkan bahan B sedikit sedikit dan kacau bagi mengelakkan tepung berketul ketul. Sekiranya rajin nak blend dan tapis pun tekstur adunan akan lebih fluffy.
Masukkan bahan c dan perapkan selama sejam untuk hasil kuih bakar yang cantik bersarang dan lembut. 
Panaskan oven pada suhu 170c dalam 5 – 7 minute dan masukan panaskan juga acuan. Setelah itu baru dimasukan minyak sapi dan dipanaskan minyak sapi itu di dalam oven sebelum memasukkan adunan tadi. Taburkan bijan di atas adunan dan dibakar pada suhu 170c selama 15 ke 20 minit mengikut tahap ketebalan adunan dan oven kita yea. Saya dan abah suka yang agak agak kehangusan, paling best. 🙂