Bagi menyemarakkan semangat ‘Malaysia Boleh’, MILO tahun ini meraikan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-66 dengan telah memberikan lebih 200,000 cawan MILO percuma ke seluruh negara pada 31 Ogos yang lepas.

Dalam perarakan kemerdekaan yang ke-66 di Putrajaya semalam, MILO telah menggerakkan sebanyak  20 buah trak yang telah memberikan lebih kurang 100,000 cawan sampel MILO secara percuma kepada para pengunjung yang hadir. Dan 22 buah trak tambahan yang membawa 100,000 sampel MILO lagi telah mengembara ke seluruh negara dan ditempatkan di negeri-negeri terpilih bagi memastikan semua rakyat Malaysia dapat sama-sama  merasai semangat kemerdekaan.

Bersempena Hari Kebangsaan ini juga, MILO telah berkongsikan asal-usul slogan ikonik ‘Malaysia Boleh’, yang mana ianya telah diperkenalkan pada tahun 1992 melalui usaha Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Kempen ‘Malaysia Boleh’ yang pertama telah dilancarkan dengan jayanya oleh MILO pada ketika itu sempena Sukan SEA 1993 di Singapura. Kempen tersebut merupakan salah satu pencapaian yang besar bagi MILO dan semangat ‘Malaysia Boleh’ kekal menjadi lambang perpaduan negara hingga kini. 

Tahun ini, MILO meraikan ulang tahun kedua kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO, di mana mereka terus memberikan komitmen yang utuh kepada arena sukan tanah air, kesihatan menyeluruh tubuh badan dan acara-acara kebangsaan.

MILO juga bakal menganjurkan pertandingan Skate Surf yang pertama dan terbesar mereka di acara Super Park pada 16 September tahun ini sempena Hari Malaysia di Putrajaya. Acara yang bakal berlangsung selama dua hari itu juga padat dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk dinikmati oleh  orang ramai dan kaum keluarga yang hadir.