Lina Rosli Diterbitkan 21 January 2021

Mudah Dan Pantas – Resepi Hidangan Kuey Teaw Goreng Udang

Mudah Dan Pantas – Resepi Hidangan Kuey Teaw Goreng Udang

Untuk hidangan dari Dapur Tajria hari ini, saya ingi berkongsi resepi dengan anda mengenai hidangan yang cukup popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia iaitu Kuey Teaw Goreng Udang. 

Untuk menu ini, anda juga boleh menggunakan sama ada ayam atau sotong sebagai ganti kepada udang.  Berikut adalah senarai bahan dan juga cara penyediaan untuk menu yang lazat ini. 

Bahan-bahan:

Bahan utama:

  • 2 bungkus kuey teow 
  • 5-6 ulas bawang putih
  • 3-4 biji bawang merah
  • Udang kering
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Sayur sawi
  • Garam

Bahan Tumis :

  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sude besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kicap mi
  • Kicap manis

Cara penyediaan:

  1. Kisar cili kering bersama bawang putih dan juga bawang merah. Masukkan juga udang kering untuk rasa udang. Selesai kisar, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga masak.
  2. Sementara menunggu masak, bersihkan Kuey teow bagi menghilangkan minyak.
  3. Apabila minyak tumis sudah naik dan kelihatan garing, masukkan sos cili, sos tomato dan juga sos tiram. Gaul hingga rata.
  4. Kemudian, masukkan udang dan biarkan sehingga ia masak.
  5. Sesudah masak, masukkan Kuey Teaw yang telah dibasuh dan gaulkan bersama rencah tumis. Letakkan kicap mi dan kicap manis dan gaul rata.
  6. Akhir sekali, masukkan sayur dan biarkan ia layu sebentar sebelum dihidangkan kepada keluarga.

Bagi anda yang meminati telur, anda juga boleh menggaulkan kuey teaw dengan telur. Buat bulatan di tengah kuali dengan mengetepikan sedikit kuey teow. Kemudian, tuang telur dan biarkan ia masak, lalu baru dikacau supaya tersebut sebati dengan rasa Kuey Teaw.

Anda juga boleh menggunakan sayur kucai dan juga tauge sebagai penambah rasa. Taburkan juga bawang goreng di atas hidangan anda. Selamat mencuba!