Naelofar Hijab Kini Boleh Didapati Di Shopee – Diskaun Sehingga 30 Peratus

Naelofar sememangnya sebuah jenama yang tidak asing lagi untuk rekaan dan koleksi tudung muslimah di Malaysia. Bagi yang meminati koleksi tudung di bawah jenama Naelofar, anda kini boleh mula mendapatkannya di platform edagang Shopee. 

Jenama ini membawakan koleksi dan barisan hijab dengan rekaan yang sangat cantik dan menarik selain ditawarkan pada harga yang berpatutan dan sesuai dimiliki oleh semua lapisan pengguna. Antara rekaan tudung atau kategori hijab yang boleh didapati di kedai rasmi Naelofar di Shopee termasuk rekaan Sport Stretch iaitu Sport Hijab, Go Far Moda, Bell Instant Shawl, Sofis Printed Square, Lorea Printed Square dan Elle Printed Square.

Selain itu, peminat pastinya teruja untuk mendapatkan Koleksi Raya 2020 jenama ini, yang terdiri daripada rekaan corak bunga Elle, Sofis dan Lorea untuk Raya Printed serta koleksi Raya Solid Aisa, Bell dan Delika yang dihias dengan Swarovski.

Pelancaran Naelofar menerusi laman atas-talian ini bukan sahaja dilaksanakan bagi meluaskan peluang pasaran dan memenehui keperluan pengguna, malah ia juga bagi memanfaatkan kerancakan dan pangkalan pengguna Shopee bagi memasarkan Koleksi Raya istimewa  di seluruh negara. Dengan Shopee, Naelofar juga turut menawarkan beberapa tawaran dan baucar menarik bagi memberikan lebih nilai dan membantu pengguna melakukan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa minggu sahaja lagi.

Selain itu, Neelofa iaitu pengasas Naelofar turut melakukan siaran langsung menerusi Shopee Live pada 11 Mei jam 12 tengah hari untuk berinteraksi bersama-sama peminat selain memperlihatkan koleksi pakaiannya dan koleksi aidilfitiri, memberikan tutorial hijab serta melakukan sesi soal jawab. Bukan itu sahaja, anda yang menonton juga berpeluang mendapatkan beberapa tawaran menarik untuk tempoh waktu yang terhad.

Untuk anda yang ingin memilik salah satu daripada koleksi menarik dari Naelofar, jenama ini turut hadir dengan Jualan Raya Naelofar dari 11 hingga 22 Mei di kedai rasmi Naelofar di Shopee. Anda boleh mendapatkan baucar dan menikmati potongan harga sehingga 30% tanpa perbelanjaan minimum, yang dihadkan pada RM30. Dapatkan kesemua koleksi pilihan anda sementara stok masih ada. Selamat berbelanja!