Mamatip Diterbitkan 31 March 2020

Pembersih Tangan?

Pembersih Tangan?

 

Sepanjang tempoh terjadinya wabak jangkitan virus Corona ini, kelihatan kebanyakan masyarakat mulai cakna dan peduli tentang kebersihan diri. Virus Corona yang merebak hampir segenap penjuru dunia ini memberikan kesedaran yang jelas kepada semua termasuk penulis. Dari segi penggunaan penutup hidung dan mulut hingga penggunaan pembersih tangan (hand sanitizer). Akhir-akhir ini, kalau kita ingin membeli di farmasi, pasti sudah kehabisan stok! Malah, harga penutup muka boleh melonjak sehingga lebih 2 kali ganda dari harga yang sebenar. Begitu berguna dan pentingnya kedua-dua instrumen ini.

Nah, bukan tentang harga yang ingin penulis bahaskan tetapi mengenai cara pemakaian dua instrumen ini terutama cara yang benar mencuci tangan. Apa gunanya kita mempunyai pembersih tangan ataupun sabun tetapi kita tidak mengambil tahu cara yang benar agar virus atau kuman tidak tetap melekat di tangan kita? Seperti membeli kereta mewah tetapi tidak tahu memandu kereta tersebut. Sedikit rugi! Dari permasalahan itu, penulis ingin berkongsi tentang bagaimana cara mencuci tangan yang benar.

Menurut World Health Organisation (WHO), dua cara yang boleh kita terapkan adalah dengan menggunakan sabun dengan air yang mengalir dan pembersih tangan. Tetapi penggunaan kedua-dua instrumen ini ada sedikit berbezaanya.

Yang pertama adalah penggunaan sabun. Jika kita menggunakan sabun, waktu yang telah ditetapkan adalah antara 40 hingga 60 saat setiap kali kita mencuci tangan. Jangan lupa dengan air yang mengalir! Bagi penggunaan pembersih tangan pula, waktunya adalah sekitar 20 hingga 30 saat setiap kali mencuci tangan. Penggunaan bagi tangan yang jelas kelihatan kotoran, mencuci dengan pembersih tangan tidak dianjurkan sebaliknya  digalakkan dengan memakai sabun dan air. Setelah mencuci tangan, usahakan seminimal mungkin untuk tidak membiasakan diri memegang bahagian muka seperti mata, hidung dan mulut.

Memandangkan stok pembersih tangan sekarang ini amat terhad, maka penggunaan pembersih tangan lebih baik di pakai sewaktu berada di luar rumah seperti sebelum dan selepas membeli barangan keperluan. Jika kita sudah berada di rumah, lebih baik kita maksimumkan penggunaan sabun dan air yang mengalir agar kita tidak kehabisan stok pembersih tangan apabila kita sedang berada di luar. Jangan lupa untuk menggunakan pembersih tangan yang kandungan alkoholnya melebihi 60 peratus. Jika kurang dari itu, mungkin keberkesanan mencuci tangan kita tidak optimal.

Sama-samalah kita menjaga diri sendiri terlebih dahulu agar wabak ini tidak merebak kepada orang lain. Semoga wabak yang mendunia ini dapat pulih kembali seperti sediakala. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri!

Berikut adalah contoh cara mencuci tangan yang benar menurut WHO agar virus dan kuman tidak melekat di tangan kita :