Shiseido Adalah Jenama Kosmetik Tertua- Bilakah Solekan Mula Diperkenalkan?

Tahukah anda bahawa penggunaan pertama kosmetik prototaip ini dipelopori oleh orang Mesir kuno. Ada kajian mendapati kit solekan dan beberapa alat solek dijumpai di banyak kubur Mesir. Cleopatra menggunakan gincu yang mana warnanya diambil dari kumbang carmine tanah. Sementara wanita lain menggunakan tanah liat yang dicampur dengan air untuk mewarnai bibir mereka.

9 Things that Egyptians Were the First to Create | Mesir kuno, Mitologi  mesir, Mesir
Pinterest

Selain itu, orang Yunani kuno dan Rom juga melukis wajah atau bersolek menggunakan serbuk yang diperbuat daripada mineral dan batu yang mana warnanya tidak seperti sekarang yang mana ia kelihatan lebih pucat dan tidak terang. 

Pada zaman pertengahan hingga akhir abad ke-19, solekan ini kebanyakannya digunakan oleh wanita kelas bawah dengan menampilkan warna-warna yang berani di bibir, pipi atau mata mereka. 

Solekan Dahulu Vs Solekan Masa Kini

Wanita zaman dahulu melukis wajah, leher dan dada mereka dengan campuran plumbum dan cuka yang dikenali sebagai ceruse. Puteri Elizabeth I dari England, menggunakan ceruse yang telah menyebabkan rambut gugur. Bukan itu sahaja, penggunaan plumbum atau bahan kimian lain ini telah menyebabkan banyak penderitaan seperti kelumpuhan otot dan kerosakkan sel-sel badan.

Jika kita lihat, produk yang kita kenali hari ini seperti lipstik atau gincu, mascaras dan pembayang mata dilihat sudah banyak berevolusi. Ia hadir dengan pelbagai jenis warna dan kemasan akhir seperti glitters, glossy dan matte.

Produk atau jenama kosmetik tertua adalah Shiseido yang diasaskan oleh Arinobu Fukuhara pada tahun 1872. Barisan kosmetik pertama yang diperkenalkan adalah Rainbow Face Powder pada tahun 1917 yang berasal dari idea Barat. Bedak wajah ini dihasilkan dalam tujuh warna. Sebelum ini, kebanyakan produk atau bedak muka adalah berwarna putih. Produk ini menggunakan serbuk menggunakan kombinasi warna – putih, kuning, kuning air, mawar, peony, hijau, dan ungu yang mana dapat disesuaikan mengikut warna kulit setiap orang.