SK-II LazMall Flagship Store – Dapatkan Ekaunseling Kecantikan Secara Peribadi

Berita baik untuk penggemar produk kecantikan dari SK-II, jenama ini baru-baru ini telah membawakan pengalaman yang lebih menarik menerusi pembukaan SK-II LazMall Flagship Store di Lazada.

Menerusi pelancaran ini, anda boleh mendapatkan pengalaman penjagaan kulit yang lebih interaktif daripada pakar perundingan bertaulian SK-II dalam mendapatkan hasil kulit yang lebih cantik dan menawan.

Di laman edagang ini juga, pengguna boleh membeli set produk pilihan anda di samping menerima nasihat kecantikan yang diperibadikan secara maya melalui fungsi sembang dalam aplikasi Lazada.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan set hadiah eksklusif terhad
sewaktu acara pelancaran SK-II LazMall Super Grand pada 21 Januari 2021 bermula jam 12.00 malam sehingga jam 2.00 pagi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi SK-II Malaysia atau ikuti pengumuman di akaun media sosial rasmi mereka.