Sejak wabak Covid-19 mula merebak di seluruh negara, ia telah banyak mengubah gaya dan norma dalam kehidupan kebanyakan individu. Antara yang paling dilihat memberi impak kepada individu adalah amalan pemakaian pelitup muka.

Bagi kebanyakan wanita, salah satu masalah yang mula timbul apabila memakai pelitup muka adalah solekan sering melekat sehingga mengakibatkan ketidakselesaan dan kebimbangan untuk membuka pelitup muka apabila hendak makan dan sebagainya.


Namun, selepas ini anda tidak perlu risau kerana jenama kecantikan popular Laneige dilihat hadir dengan solusi kepada masalah ini selain berkesan dalam mencegah “maskne”.

Bedak asas Laneige Neo Cushion Matte dan Neo Cushion Glow ini hadir dengan ciri-ciri revolusioner dan inovatif menjadikannya produk yang sesuai dipakai di bawah pelitup sekaligus membantu mengembalikan keyakinan kita terhadap yang baru.

Teknologi Yang Ditawarkan Siri Laneige Neo Cushion

Siri Laneige Neo Cushion menawarkan teknologi Humid Defense yang telahpun dipatenkan jenama ini. Ia hadir bagi memastikan anda tidak perlu risau tentang bedak asas anda berpindah atau bergeser dengan pelitup muka anda.

Ciri tahan pindah ini menjanjikan liputan yang lebih tahan lama dan membolehkan solekan kekal selesa walaupun selepas penggunaan sekitar 24 jam mahupun sepanjang anda berada di luar.


Perlindungan Daripada Cahaya Biru Sewaktu Bekerja Dari Rumah

Menatap skrin telefon bimbit dan komputer riba anda sepanjang hari bermaksud bahawa kita selalu terdedah kepada cahaya biru, yang juga dikenali sebagai cahaya bertenaga tinggi (HEV). Ini boleh menyebabkan kesan buruk pada kulit kita, seperti tekanan oksidatif, penuaan pramatang dan hiperpigmentasi.

Dengan kehadiran siri Laneige Neo Cushion, ia dilengkapi teknologi yang akan menapis cahaya biru sewaktu penggunaan gajet di rumah. Melaluinya, kulit anda akan dilindungi dari sinar yang merosakkan kulit.

Untuk pengetahuan anda Laneige Neo Cushion Matte dilengkapi dengan SPF42 PA ++ sementara Neo Cushion Glow mempunyai SPF 50+ PA +++. Lapisan pelindung sinar matahari tambahan dalam solekan anda amat penting untuk mengelakkan sinar berbahaya menembusi lapisan dalam kulit anda. 


Ciri Lain Yang Ditampilkan Siri Laneige Neo Cushion

Siri ini terdapat dalam kemasan Matte dan Glow. Ia juga hadir dalam 7 pilihan warna asas yang boleh disesuaikan mengikut warna kulit anda.

Mana yang sesuai untuk anda?

Laneige Neo Cushion Matte sangat sesuai untuk jenis kulit berminyak, sementara Laneige Neo Cushion Glow pula boleh digunakan untuk anda yang mencari penampilan yang lebih menyerlah dan memukau ketika bergaya.

Bukan itu sahaja, bedak asas ini juga membantu menjaga pengeluaran sebum yang berlebihan, di samping ditingkatkan dengan bahan Ultralight yang memberikan liputan sederhana hingga penuh dengan menutup liang, ketidaksempurnaan dan warna kulit yang tidak rata.


Sekiranya anda mempunyai kulit kering, Laneige Neo Cushion Glow menawarkan teknologi Dewy Lasting dan True Color Solution yang sesuai dalam menghidrat dan memastikan bahawa produk tidak teroksidasi pada kulit anda. 

Bagi anda yang berminat, Laneige Neo Cushion Glow dan Neo Cushion Matte boleh didapati pada RM160 yang mana ia disertakan sekali bersama pek isi semula (15g x 2).

Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi rangkaian kedai Laneige ataupun layari kedai dalam talian rasmi LANEIGE dan juga kedai rasmi jenama di Lazada, Shopee, Zalora, Hermo, dan GrabMart.