Min Ahmad Diterbitkan 9 February 2021

Sotong Goreng Tepung Mudah, Rangup dan Sedap

Sotong Goreng Tepung Mudah, Rangup dan Sedap

 

Kandungan kalori: 300 kcal (untuk hidangan sebanyak 120 gram)

Tempoh penyediaan bahan-bahan: 20 minit 

Tempoh memasak: 20 minit

Saiz hidangan: 2 orang

 

Bahan-bahan:

  • 10 ekor sotong saiz sederhana besar, dibersihkan dan dipotong bulat
  • 2 biji telur, dipukul
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil sos ikan thai
  • 2-3 sudu besar serbuk kari ikan, jumlah mengikut citarasa dan tahap kepedasan (saya gunakan jenama Adabi)
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • serbuk lada hitam secukup rasa
  • sedikit garam dan gula
  • minyak untuk menggoreng

 

Cara Penyediaan:

  1. Bersihkan sotong yang telah dipotong dan toskan sehingga kering. 
  2. Campurkan telur yang dipukul dengan sos tiram, sos ikan thai, serbuk kari ikan, sedikit lada hitam dan gula. Perapkan sotong dengan bahan-bahan ini sebentar.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung beras, tepung gandum, serbuk kari ikan, serbuk lada hitam dan garam.
  5. Salutkan sotong yang telah diperap sebentar tadi dengan sebatian tepung dan gorengkan dalam minyak yang panas.  Gorengkan sotong sehingga salutan tepung kelihatan rangup dan berwarna keemasan.
  6. Angkat dan sedia dihidangkan bersama-sama sos cili thai.

Nota: Lebihkan serbuk kari ikan dalam perapan dan salutan tepung sekiranya anda sukakan sotong goreng tepung yang pedas.