Wardah Menawarkan Giveaways Dan Tips Kecantikan Sempena Acara 11.11 Di Shopee

Wardah Cosmetics adalah sebuah jenama produk kecantikan dari Indonesia yang dimiliki oleh PT Paragon Technology and Innovation. Syarikat ini merupakan pelopor produk kecantikan Halal di Indonesia, dan memajukan pasaran dengan kempen “Halal dari Awal”. Dengan visi “wanita yang memberi inspirasi”, Wardah Cosmetics telah berjaya mencipta portfolio produk penjagaan kulit dan solekan Halal yang kuat.

Bersempena acara terbesar 11.11 ini juga, Wardah dilihat tidak ketinggalan dalam menawarkan pelbagai promosi terbaik termasuk pemberian hadiah (giveaway), baucar dan juga tips kecantikan untuk para wanita.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti acara langsung Wardah di Shopee bermula jam 12.30 hari ini untuk mendapatkan pelbagai tips kecantikan dan tawaran menarik pada hari ini.

Selain itu, anda juga boleh menebus diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimun RM55.

Layari: Laman Shopee Wardah