Platform edagang Zalora kini rasmi melancarkan siri podcast menerusi Zalora Talks. Podcast ini memfokuskan kepada trend terkini dan topik hangat dalam industri fesyen dan gaya hidup.

Untuk siri podcast ini, ia dihoskan oleh Amy Yasmine yang merupakan bekas editor Harper’s BAZAAR Malaysia bersama-sama dengan beberapa pakar industri, rakan jenama dan juga KOL. Antara kandungan yang dibincangkan merangkumi isu-isu mengenai gaya hidup, kesihatan dan kesejahteraan, fesyen dan kecantikan.


Selari dengan pelancaran Zalora Talks juga, selepas ini Zalora nampaknya akan lebih memfokuskan kepada penawaran kandungan yang tidak hanya di laman rasmi Zalora, webinar dan juga platform media sosial yang lain.

Sebelum ini, Zalora telahpun menggunakan format pemasaran melalui Instagram Live menerusi segmen #SaturdaySweat dan juga penerbitan editorial dalaman secara fizikal dan digital.

Untuk yang berminat untuk mendengar siri podcast Zalora Talk, anda boleh layari pautan Spotify: Zalora Talks bermula hari ini.