Aman Diterbitkan 8 April 2019

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat

Ini adalah terma dan syarat penggunaan Tajria.

Terma dan syarat ini adalah sebuah kontrak yang disetujui di antara pengguna dan pihak Tajria. “Terma” ini mengawal penggunaan perkhidmatan, aplikasi mudah alih, produk serta kandungan di dalam laman web Tajria.

Dengan menggunakan Tajria, ini bermakna anda telah menyetujui setiap terma dan syarat yang telah dinyatakan. Mana-mana pihak yang tidak menyetujui salah satu terma dan syarat, anda tidak dibenarkan untuk menggunakan laman web Tajria ini.

Pihak Tajria juga berhak dalam mengubah atau membuat pindaan untuk kandungan terma dan syarat pada bila-bila masa. Dengan menggunakan Tajria pada atau selepas tarikh efektif pindaan dilakukan, ini bermakna anda telah bersetuju dengan terma baharu. Jika anda tidak bersetuju dengannya, anda harus memadamkan akaun anda pada tarikh sebelum ia berkuat kuasa, jika tidak, penggunaan laman dan kandungan anda akan tertakluk kepada syarat baru.

 

Kandungan dan servis Tajria

Pengguna mempunyai hak untuk kandungan yang mereka buat dan hantar kepada pihak Tajria. Dengan menghantar kandungan ke pihak Tajria, secara tidak langsung pengguna telah memberikan pihak Tajria lesen untuk menerbitkan (atau menyimpan, mempamerkan, mengubah dan menyebarkan) artikel dan kandungan di platform ini.

Sebagai pertimbangan, pihak Tajria akan memberikan akses kepada dan penggunaan servis, termasuk hal yang berkaitan dengan paparan kandungan anda atau maklumat lain.  Pihak Tajria juga akan menggunakan kandungan pengguna untuk mempromosikan Tajria, termasuk artikel dan produk. Walau bagaimanapun, Tajria tidak mempunyai hak untuk menjual kandungan tersebut kepada pihak ketiga tanpa kebenaran pengarang/pengguna.

Had umur minimum

Untuk gunakan perkhidmatan Tajria, anda haruslah berumur 13 tahun ke atas. Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan untuk mendaftar akaun atau menggunakan perkhidmatan Tajria. Jika kami mendapati anda tidak mencapai had umur minimum, pihak Tajria mempunyai hak untuk  menamatkan akaun anda.

Sekuriti

Jika anda mendapati sebarang kelemahan keselamatan pada laman Tajria, segera maklumkan kepada pihak Tajria untuk baiki masalah tersebut dengan secepat mungkin.

Kandungan ofensif dan kasar

Tajria adalah laman yang mengumpul dan berkongsi informasi kepada masyarakat. Ini membawa ke pelbagai suara, idea dan perspektif yang berbeza. Walau bagaimanapun, semua individu di laman Tajria tidak boleh melakukan semua perkara di bawah di dalam artikel yang dihasilkan oleh anda.

  1. Kandungan yang menggalakkan isu perkauman, kebencian atau kecederaan fizikal dalam apa jua bentuk terhadap mana-mana individu;
  2. Kandungan yang menghina mana-mana agama dalam apa jua bentuk;
  3. Kandungan yang mengganggu atau menyebabkan gangguan terhadap individu lain;
  4. Kandungan yang menggunakan bahasa kasar, atau menghina mana-mana individu;
  5. Kandungan yang menghina Raja Berpelembagaan sama ada secara terang-terangan atau tersembunyi;
  6. Kandungan yang mengandungi bahan lucah atau pornografi.

Penamatan akaun

Anda boleh menutup akaun anda pada bila-bila masa dengan pergi ke tetapan akaun dan tamatkan akaun anda

_____________________________________________________________________

 

Notis Privasi

Pihak Tajria tidak mempunyai hak dalam menyebarkan informasi pengguna kepada pihak lain. Pihak Tajria juga tidak akan menjual sebarang informasi mengenai pengguna kepada pihak ketiga. Walau bagaimanapun, pihak Tajria Kami hanya akan berkongsi tentang akaun pengguna kepada pihak ketiga mengikut beberapa syarat termasuk:

  1. Dengan persetujuan anda;
  2. Kepada pembekal perkhidmatan atau rakan kongsi yang memenuhi piawaian perlindungan data kami;
  3. Dengan ahli akademik atau penyelidik tanpa profit, dengan pengagregatan, anonimisasi, atau pseudonomisasi;
  4. Atau mana-mana individu yang diyakini untuk menerima informasi sedemikian akan membantu menghindari kemudaratan yang akan berlaku kepada seseorang.

Jika pihak Tajria berkongsi maklumat peribadi pengguna, sebagai tindak balas kepada proses undang-undang, Tajria akan memberi notis kepada pengguna untuk dengan mencari atau mendapatkan campur tangan mahkamah, melainkan jika Tajria dilarang melalui perintah yang demikian kerana ia mungkin membahayakan orang lain. Selain itu, pihak Tajria turut akan menghalang permintaan untuk maklumat mengenai pengguna perkhidmatan Tajria yang mereka percaya adalah tidak wajar.