Bantal Miragel Dari Comfort Co – Menawarkan Keselesaan Dan Sokongan Yang Optimum Untuk Leher
Comfort Co. adalah sebuah jenama bantal premium yang telah hadir sejak 18 tahun lalu. Baru-baru ini, jenama ini memperkenalkan barisan bantal yang baharu yang dikenali sebagai Miragel.
Bantal Miragel ini hadir dengan serat alternatif ultra lembut. Ia bertujuan untuk memberikan keseimbangan dan keselesaan selain hadir dengan sokongan yang sempurna sewaktu tidur malam tidur.
Bukan itu sahaja, bantal ini juga membawakan pengalaman tidur yang sangat memuaskan. Dengan penawaran serat buluh sebagai bahan utama bantal ini, ia sekaligus menjadikan produk ini satu produk yang mesra alam. Kain luar bantal Miragel ini juga diperbuat daripada kain buluh semula jadi yang sejuk apabila disentuh. Selain itu, untuk mengekalkan semua kualiti semula jadi serat buluh, ia turut dilengkapi bahan semula jadi yang hypoallergenic dan anti-bakteria yang mana sesuai untuk pengguna yang mempunyai kulit yang sensitif.
Seperti yang Tajria sebelum ini pernah berkongsi, posisi tidur setiap individu adalah berbeza yang mana memerlukan jenis bantal yang sesuai mengikut tahap sokongan yang betul. Selain itu, ia dilengkapi dengan gusset 2 inci yang memberikan tambahan sokongan ergonomik, meluruskan kepala, bahu dan punggung untuk pengalaman tidur yang sempurna.
Dalam siri ini, Miragel Comfort Co. juga menawarkan saiz yang sesuai
bantal untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Rangkaian Miragel Kids dirancang untuk kanak-kanak dari usia 3 hingga 6 tahun, sementara Miragel Petite pula direka untuk pra-remaja berusia 7 hingga 12 tahun. Terdapat juga bantal Miragel Lite untuk anda yang mengingkan ketinggian yang lebih rendah.
Bagi yang berminat, rangkaian bantal Miragel Comfort Co. boleh didapati pada harga bermula dari RM79 hingga RM189. Anda boleh mendapatkannya di laman rasmi Comfort Co.