Shangri-La KL Tawar Pakej Bekerja Dari Hotel : Harga Bermula RM190

Tidak dinafikan, bekerja dari rumah mempunyai cabarannya dan anda mungkin merasakan ingin mencari alternatif lain yang lebih kondusif dan efisien. Rentetan daripada itu, banyak hotel dan tempat penginapan telah menyediakan servis atau perkhidmatan ‘Bekerja-Dari-Hotel’.

Sebelum ini Tajria berkongsi berkenaan Hotel Grand Margherita yang telah menyediakan perkhidmatan bekerja dari hotel pada harga RM30 sekepala.

Tidak ketinggalan, Shangri-La Hotel Kuala Lumpur turut menawarkan pakej yang seakan dengannya. Bagi anda yang mungkin mencari satu tempat yang sesuai untuk anda berehat sambil melaksanakan keperluan kerja, maka inilah masanya!

Menarik bukan? Anda boleh menempah bilik fasiliti sama ada secara harian, mingguan dan juga bulanan.

Caj yang dikenakan adalah:

Pakej
Executive Room (seorang) 1 hari – RM190 5 Hari – RM808 30 Hari – RM4,560
Horizon Club Room (sehingga 2 orang) 1 hari – RM290 5 Hari – RM1,233 30 Hari – RM6,960
Executive Suites (sehingga 3 orang) 1 hari – RM440 5 Hari – RM1,870 30 Hari – RM10,560

Antara tawaran menarik yang disediakan di dalam pakej ini adalah sokongan rangkaian WiFi berkelajuan tinggi, diskaun sehingga 20 peratus untuk pembelian makan dan minum di kafe hotel serta potongan sebanyak 20 peratus untuk tempahan bilik perbincangan.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menggunakan perkhidmatan lain seperti tempat letak kenderaan dan juga servis Health Club & Spa secara percuma menerusi pakej ini.

Bagi anda yang berminat, pakej Work From Hotel ini sah sehingga 31 Mac 2021 yang mana dibuka pada jam bermula 9 pagi sehingga 8 malam. Untuk anda yang mungkin ingin menggunakan bilik fasiliti lebih lama, anda hanya perlu menambah RM20 untuk setiap jam yang ditambah.