#TAJDiy Idea Dekorasi Dapur – 5 Barangan IKEA Pada Jumlah RM50
Sebelum ini Tajria telah berkongsi tips dan cara untuk menghias bilik tidur anda yang hanya perlu membelanjakan wang sekitar RM50 sahaja. Menarik bukan?
Jadi, hari ini Tajria akan berkongsi kepada anda idea dekorasi untuk dapur pula.
Tidak dinafikan, ia agak sukar untuk mencari barang perhiasan pada harga yang rendah. Oleh itu, Tajria akan menyenaraikan beberapa barangan dan produk dapur yang boleh anda dapatkan pada jumlah sekitar RM50.
Di bawah adalah contoh idea untuk bilik tidur yang moden dan minimalis.
Rak Dinding
Bagi anda yang mempunyai ruang dapur yang kecil dan sempit, maka rak dinding adalah salah satu barangan yang sesuai untuk diletakkan di dapur anda.
Anda boleh menggunakannya untuk meletakkan balang garam, kerepek atau apa-apa manisan yang lain. Anda juga boleh menyusun pinggan atau teko kecil yang bersesuaian.
Bagi yang berminat, anda boleh cuba mendapatkannya menerusi pautan di bawah.
Karpet Dapur
Meletakkan karpet di dapur boleh membantu mengawal bunyi. Hal ini kerana, lantai jubin, meja batu, perkakas keluli dan tingkap dapat meningkatkan kebisingan di dapur sekaligus dengan adanya karpet, ia akan dapat menyerapnya.
Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengurangkan lantai menjadi basah sekiranya menggunakan sinki.
Bekas Beg Plastik
Seperti yang mungkin anda ketahui, IKEA adalah salah satu kedai yang menawarkan pelbagai barangan menarik. Antaranya termasuk pemegang beg plastik atau bekas beg plastik yang dikenali sebagai VARIERA. Produk serba boleh ini boleh digunakan dalam puluhan cara yang berbeza.
Bekas Makanan
Untuk mengelakkan bakteria dan mencegah atau meminimumkan pertumbuhan kulat dalam makanan yang disimpan, anda mesti selalu menggunakan bekas kedap udara.
Oleh itu, IKEA menyediakan beberapa jenis bekas kedap udara yang bersesuaian dengan keperluan penyimpanan anda.
Alas Meja
Alas meja adalah barang hiasan yang diperlukan untuk menutup meja dan menjadikannya sebahagian daripada hiasan. Anda boleh menggunakan alas meja dengan corak cetakan, kosong atau lain-lain.
______________________________________________________________
Berikut adalah beberapa barangan yang boleh anda dapatkan pada jumlah harga sekitar RM50 untuk lima jenis produk di atas.
Jika anda ada cadangan dan pilihan lain yang boleh dikongsikan kepada orang ramai, anda boleh tulis di Tajria dengan hanya mendaftar dan mula kongsikan. Selamat mencuba:)