Ini Adalah Waktu Operasi Perniagaan Dan Perkhidmatan Sepanjang PKPB
Seperti yang yang diumumkan oleh kerajaan pada 7 November 2020 lalu, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilaksanakan di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang yang berlangsung pada 9 November 2020 sehingga 6 Disember 2020.
Berikutan hal ini, terdapat beberapa SOP yang melibatkan aktiviti ekonomi di semua kawasan yang terlibat perlu dipatuhi oleh seluruh individu yang terlibat.
Di bawah adalah senarai waktu operasi untuk perkhidmatan dan perniagaan yang terlibat sepanjang tempoh PKPB:
Premis Makanan Dan Restoran
Semua sektor perniagaan makanan berpremis dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
- Waktu Operasi : 6 pagi sehingga 10 malam
- Perkara yang perlu dipatuhi : 2 hingga 4 pelanggan untuk satu meja (bergantung pada saiz meja)
Sepanjang tempoh PKPB ini, masyarakat masih disarankan untuk menggunakan perkhidmatan pandu-lalu, pesanan secara atas-talian dan elakkan aktiviti yang memerlukan kontak fizikal (take-away).
Pasar
Aktiviti pasar awam, pasar borong, pasar tani dan pasar malam dibenarkan dibenarkan beroperasi.
- Pasar Harian (6 pagi hingga 2 Petang)
- Pasar Tani (6 pagi hingga 12 Tengahari)
- Pasar Malam (4 petang hingga 10 malam)
- Pasar Borong (12 tengahari hingga 5 petang)
Walau bagaimanapun, pemantauan dari pihak berkuasa akan dilaksanakan bagi memastikan SOP dipatuhi.
Pusat Membeli-belah Dan Pasaraya
Perniagaan di pasaraya dan pusat membeli-belah dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 10 malam.
Kiosk dan kedai runcit/kedai serbaneka pula dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 10 malam.
Pengangkutan Awam
Perkhidmatan teksi dan seru pandu beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 malam. Bagi yang menggunakannya, hanya 2 penumpang dibenarkan untuk setiap perjalanan dalam satu masa.
Bas ekspres, bas henti-henti, LRT, MRT, Monorel dan KTM beroperasi seperti biasa.
Stesen Minyak
Bagi yang ingin mengisi minyak pula, waktu operasi untuk stesen minyak adalah 6 pagi sehingga 12 malam.
Walau bagaimanapun, stesen minyak di lebuhraya pula dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam.
Perubatan Dan Kesihatan
Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan dibenarkan beroperasi selama 24 jam.
Manakala untuk farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 11.00 malam.
Pendidikan
Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, kolej komuniti dan pusat pendidikan ditutup.
Sukan Dan Rekreasi
Semua aktiviti sukan yang mempunyai premis seperti padang bolak sepak komersil, gimnasium, gelanggang futsal dan dewan badminton dibenarkan bermula 6 pagi sehingga 10 malam.
Kebenaran beroperasi terhad bagi aktiviti latihan yang tidak melibatkan sentuhan fizikal dan terhad kepada 10 orang sahaja.
____________________________________________________________
Bagi perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu memastikan operasi harian dilakukan mengikut syarat dan SOP yang diarahkan seperti melakukan pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal, menggunakan pelitup muka dan pemakaian sanitizer.
Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai sebarang kekeliruan mengenai SOP PKPB, anda juga boleh membaca – Soalan Popular PKPB – Ini Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu