Rakyat Malaysia Lebih Gemar Guna Perkataan Maggi Berbanding Kata Asal Mi Segera

Pernah kah anda perasan yang mana kebanyakan individu akan berkata “Jom buat Maggi” berbanding “Jom buat mi segera”.

Perkataan maggi seperti sudah sinonim dalam bahasa dan perbualan seharian apabila anda ingin makan mi segera. Mengapa boleh berlaku hal sedemikian? 

Tidak dinafikan syarikat induk Maggi iaitu Nestle telah hadir dengan rancangan pemasaran yang sangat baik di samping pilihan nama yang cukup ideal untuk diingati oleh ramai pihak.

Yang menariknya, produk mi segera bukanlah yang pertama yang dikeluarkan Maggi. Namun, identiti Maggi sebagai mi segara adalah lebih kuat.

Asal usul Maggi

Syarikat Maggi ini bermula di Switzerland pada tahun 1884 yang dikelolakan oleh Julius Maggi.

Visi awal Maggi adalah untuk menawarkan makanan yang mempunyai rasa yang sedap dan juga bernutrisi sesuai untuk individu atau keluarga yang tidak mempunyai masa untuk memasak.

Maggi adalah syarikat makanan yang pertama yang menghasilkan serbuk kacang pis dan sup kacang. Melalui penawaran Maggi, ia memudahkan golongan wanita yang bekerja di kilang menyediakan hidangan yang berkhasiat di kala waktu sibuk.

Jenama Lebih Popular Berbanding Produk

“Colgate” adalah untuk ubat gigi, manakala “Maggi” adalah untuk Mi Segera

Berbalik kepada persoalan di atas, mengapa Maggi lebih sinonim dan dekat dnegan pengguna berbanding mi segara atau jenama yang lain?

Tidak dinafikan setiap produk atau pengeluaran barangan pasti menginginkan satu bahagian atau satu ruang yang mana apabila disebut satu perkataan, bayangan produk tersebut muncul diiingatan. Dan nampaknya, Maggi berjaya untuk hal itu.

Our Products

Maggi adalah peneraju kepada industri mi segara tidak kira di Malaysia mahupun negara luar. Bukan itu sahaja, anatara faktor yang menyebabkan Maggi popular atau namanya sinonim dengan minda pengguna adalah “Menjadi Pertama”.

Menjadikan mi lebih mudah untuk didapati dan disediakan telah membuatkan dan memberikan satu kelebihan kepada jenama tersebut.

Kesukaran Maggi Menembusi Pasaran

Secara amnya, Maggi sebelum ini pernah menghadapi beberapa krisis termasuk pengharaman penjualannya di India. Hal ini kerana, pada dasarnya mi segera diperkenalkan bagi mengubah gaya hidup masyarakat di sana dan mereka beranggapan Maggi ingin menukar pengambilan daripada roti dan gandum kepada mi.

Namun, selepas melakukan pelbagai penyelidikan dan pemerhatian. Syarikat mula memperkenalkan Maggi Mi Segera sebagai “Snek Malam” dan ternyata ia berkesan. Ia menjadikan produk ini sebagai pilihan utama di kala pengguna tidak mempunyai pilihan makanan.

Bukan itu sahaja, Maggi juga mengambil peluang dengan menukar target mereka kepada anak-anak yang baru pulang dari sekolah pada waktu petang.

Posisikan Jenama Sebagai “Sedia Untuk Makan”

Selain meletakkan kategori sebagai snek malam dan makanan ringan, Maggi bergerak lebih mendalam dengan memposisikan jenama mereka dalam kategori “Sedia untuk Makan”.

Selain Maggi, antara jenama lain yang hadir dengan identiti yang sangat kuat apabila dikaitkan dengan produk termasuk Horlicks dan juga Milo.

Sumber: Nestle Carribean, Medium