Waktu Operasi Sektor Ekonomi Dilanjutkan Sehingga 12 Tengah Malam Sewaktu PKPB – Berkuatkuasa 24 November

Bermula 24 November ini, semua sektor ekonomi di kawasan PKPB kini dibenarkan beroperasi sehingga jam 12 tengah malam.

Walau bagaimanapun, individu diminta mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN bagi memastikan keselamatan di semua kawasan yang terlibat tetap terkawal.

Di bawah adalah senarai waktu operasi untuk perkhidmatan dan perniagaan yang terlibat sepanjang tempoh PKPB:

Premis Makanan Dan Restoran

Semua sektor perniagaan makanan berpremis dibenarkan beroperasi berdasarkan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)

  • Waktu Operasi : 6 pagi sehingga 12 tengah malam
  • Perkara yang perlu dipatuhi : 2 hingga 4 pelanggan untuk satu meja (bergantung pada saiz meja)

Sepanjang tempoh PKPB ini, masyarakat masih disarankan untuk menggunakan perkhidmatan pandu-lalu, pesanan secara atas-talian dan elakkan aktiviti yang memerlukan kontak fizikal (take-away).

Pusat Membeli-belah Dan Pasaraya

Perniagaan di pasaraya dan pusat membeli-belah dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 malam.

Kiosk dan kedai runcit/kedai serbaneka pula dibenarkan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 malam.

green and white signage on brown tree branch

Pengangkutan Awam

Perkhidmatan teksi dan seru pandu beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 malam. Bagi yang menggunakannya, hanya 2 penumpang dibenarkan untuk setiap perjalanan dalam satu masa.

Bas ekspres, bas henti-henti, LRT, MRT, Monorel dan KTM beroperasi seperti biasa. 

Stesen Minyak

Bagi yang ingin mengisi minyak pula, waktu operasi untuk stesen minyak adalah 6 pagi sehingga 12 malam.

Walau bagaimanapun, stesen minyak di lebuhraya pula dibenarkan beroperasi sehingga 24 jam.

gas station with light

Perubatan Dan Kesihatan

Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan dibenarkan beroperasi selama 24 jam.

Manakala untuk farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 8.00 pagi hingga 12.00 malam.

____________________________________________________________

Bagi perkhidmatan dan perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu memastikan operasi harian dilakukan mengikut syarat dan SOP yang diarahkan seperti melakukan pemeriksaan suhu badan, penjarakan fizikal, menggunakan pelitup muka dan pemakaian sanitizer.

Bukan itu sahaja, jika anda mempunyai sebarang kekeliruan mengenai SOP PKPB, anda juga boleh membaca – Soalan Popular PKPB – Ini Adalah Apa Yang Perlu Anda Tahu