Dapatkan Chocolate Brownie McFlurry Dan Chocolate Pie Di McDonald’s

Kali ini, McDonald’s telah membawakan satu lagi menu baru yang dinamakan Chocolate Brownie McFlurry Dan Chocolate Pie.

Khusus untuk perminat coklat dan brownies di Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk medapatkan menu baru ini dan rasai pengalaman yang penuh dengan coklat bermula hari ini!

Untuk menu Chocolate Brownie McFlurry ini, anda boleh merasai gabungan coklat swirls yang sejuk dan berkrim bersama potongan brownies yang lazat. 

Manakala untuk Chocolate Pie pula, ia menawarkan coklat cair yang mengiurkan yang diisi dalam cengkerang pai yang rangup.

Prosperity Desserts's image'

Bagi yang berminat, nikmati Chocolate Brownie McFlurry berdekatan anda hari ini pada harga bemula RM7.08. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan Chocolate Pie pada harga RM4.25.

Anda boleh membuat pesanan melalui McDelivery, Drive Thru atau Takeaway hari ini!

Sebelum ini, McDonald’s telah membawakan menu ais kisar terbaru untuk siri Oreo iaitu Iced Blended Mocha Oreo. Dan pihak Tajria sendiri telah merasai sendiri air tesebut dan sememangnya tidak rugi untuk anda dapatkan.