Pantone & Shutterstock Meramalkan Warna 2021: 3 Tips Padanan & Kombinasi Pakaian
Baru-baru ini, Pantone dan Shutterstock telahpun mengeluarkan ramalan trend warna untuk tahun 2021.
Pantone memilih warna terang dan menenangkan iaitu Illuminating (Kuning) dan juga Ultimate Gray (kelabu) yang mengambil inspirasi dari unsur semula jadi.
Manakala Shutterstock pula memilih warna yang lebih menyerlah dan juga segar. Antara warna yang dipilih adalah Set Sail Champagne (putih), Fortuna Gold (kuning keemasan) dan Tidewater Green (biru kehijauan).
Dengan adanya ramalan trend untuk warna ini, ia membantu anda membuat pilihan untuk gaya dan fesyen 2021 anda selain memastikan anda akan kekal trendy.
Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir individu lebih gemar memadankan warna baju, tudung dan seluar yang seakan sama dan lebih kurang.
Hal ini kerana pemilihan warna yang seakan sama ini dikatakan lebih mudah dipadankan dan tidak sukar untuk digayakan.
Berikut adalah beberapa idea asas yang boleh anda praktikkan dalam pemilihan warna:
Kontras adalah kunci. Pilih satu item dengan pilihan warna yang kontra atau lain daripada yang lain. Sebagai contoh, jika bahagian baju dan seluar anda berwarna gelap anda boleh memilih kasut yang berwarna terang atau cerah. Jika sebaliknya, baju dan seluar bewarna cerah maka padankannya dengan kasut dengan warna yang lain.
Untuk pengetahuan anda, warna kontras adalah warna yang sangat berbeza antara yang lain dan terletak di sisi berlawanan dari roda warna.
Elakkan warna baju atau tudung yang terlalu dekat dengan warna kulit. Ini menjadikan anda kelihatan pucat dan tidak ceria. Sebagai contoh, anda jika anda mempunyai kulit putih kemerah-merahan, anda boleh memakai warna dari kumpulan warna biru, kuning atau merah.Sementara, bagi yang mempunyai kulit sawo mata, anda boleh memakai pakaian dengan warna cerah atau pastel.
Pilih dan periksa corak pakaian anda. Sebilangan besar baju dan seluar di pasaran ditawarkan dengan pelbagai corak menarik. Sudah tentu, anda ingin mencubanya dalam fesyen harian anda.
Sebagai contoh, jika anda memakai baju kotak, pastikan untuk memadankannya dengan memakai sesuatu yang lebih ringkas untuk seluar anda. Permilihan warna seluar yang gelap adalah bonus kerana anda akan menarik perhatian orang tepat ke baju anda.
Sama juga seperti seluar kotak-kotak, padankannya dengan warna yang lebih neutral sama ada neutral gelap atau neutral cerah.
Sekiranya anda memilih kombinasi seperti itu, anda boleh memakai misalnya blazer kotak-kotak anda dengan sepasang seluar coklat atau sepasang seluar kelabu muda.
Sebaliknya, jika anda ingin kelihatan lebih tinggi, anda harus memilih kombo yang warnanya serupa dari segi intensiti dan kedalaman. Kombinasi ini akan menghasilkan garis atas-ke-bawah yang akan menghasilkan penampilan yang lebih tinggi dan ramping.
Untuk penampilan yang halus dan elegan, anda selalu boleh bergantung pada pencampuran warna yang hampir sama antara satu sama lain, tetapi berbeza pada masa yang sama. Contohnya, biru dan kelabu, coklat dan kuning, maroon dan merah jambu, atau bahkan memilih kombinasi neutral dalam rona yang berbeza hitam dan ecru, set sail champange dan khaki dan banyak lagi.
Anda juga boleh mencari idea untuk padanan baju dan hijab yang mungkin anda inginkan. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai masalah memadankan pakaian bercorak dengan warna biasa.
Baca: Kombinasi Warna Yang Sesuai Untuk Tudung Dan Baju Anda