7 Tips Untuk Otak Berfikir Lebih Tajam Dan Pantas – Asah Minda Dengan Bermain Permainan
Tinggal lagi 10 hari menghampiri tahun 2021. Pastinya terdapat banyak perkara yang anda harus selesaikan selain memerlukan minda anda untuk kekal segar dan aktif sekaligus membantu menjana idea dengan lebih kreatif.
Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda tips dan kaedah yang dapat membantu dalam mengasah minda anda agar dapat berfikir dengan lebih tajam dan pantas.
Membaca sebanyak mungkin.
Membaca dapat melatih otak dan minda anda dengan baik. Anda boleh membaca surat khabar, majalah atau buku.
Semakin sukar atau padat informasi yang anda baca, semakin baik kesan latihan tersebut kepada otak. Seperti kebanyakan latihan lain, anda boleh melakukan percubaan awal terlebih dahulu dengan intensiti yang paling rendah. Ia bagi membantu anda untuk mendapatkan rentak yang betul di dalam rutin anda. Kemudiannya, cuba baca beberapa buku yang dapat mempelajari perkara baru, seperti buku sejarah atau topik lain yang anda minati.
Tulis sesuatu.
Menulis memerlukan anda untuk berfikir dengan baik dan pantas. Anda boleh menyasarkan topik yang anda tahu atau sukai dan kemudian kongsikan topik tersebut kepada orang ramai.
Dengan ini, anda bukan sahaja dapat mengasah teknik dan cara berfikir. Malah, ia turut memberikan ruang untuk anda bertukar pendapat dengan oindividu lain mengenai topik yang anda terbitkan.
Anda boleh menerbitkan idea atau topik kegemaran anda di Tajria.
Baca: Tutorial Untuk Menulis Di Tajria – Ruang Perkongsian Tips, Pendapat & Promosi Perniagaan
Gunakan tangan anda yang tidak dominan.
Sekiranya anda terbiasa menggunakan tangan kanan, berlatih menggunakan tangan kiri. Sekiranya anda kidal, cuba gunakan tangan kanan anda. Kaedah ini merangsang bahagian otak yang mengawal otot.
Belajar bahasa baru.
Kaedah ini dapat melatih otak yang menyimpan dan menguasai bahasa dengan lebih baik. Belajar bahasa adalah kaedah terbaik untuk mencabar otak. Walaupun anda hanya mempelajari beberapa perkataan atau frasa yang mudah, anda boleh menggunakan otak anda.
Pilih hobi baru dan bermain permainan.
Mempelajari kemahiran baru juga merupakan kaedah yang baik untuk melatih otak anda. Khususnya, kemahiran kreatif seperti muzik, tarian, dan seni visual dapat melatih semua bahagian otak dan membantu menjana idea dengan lebih baik
Bukan itu sahaja, anda juga boleh bermain permainan silang kata dan permainan intelektual lain setiap hari. Permainan minda seperti teka-teki, sudoku, catur dan lain-lain melatih minda anda dalam menyelesaikan sesuatu masalah, melatih kreativiti anda dan menjadikan pemikiran anda lebih tangkas.
Malah, terdapat juga permainan mudah-alih yang lain yang boleh anda muat-turun seperti 2048, Word Search, Elevate dan banyak lagi. Permainan yang perlu menyelesaikan masalah adalah seperti latihan otak aerobik. Mereka dapat
Bersosial dan bercakap dengan orang.
Bercakap dengan rakan-rakan atau melakukan perbincangan tentang sesuatu yang anda tahu atau mereka tahu. Tidak kira topik berkenaan politik, agama, topik semasa dan topik lain yang mencabar.
Apa yang anda mahukan adalah perbincangan sebenar bukan kontroversi lisan. Ini adalah latihan asas yang baik untuk otak.
Bina atau cipta sesuatu.
Sama ada anda ingin memasang gundam atau membina laman web, anda boleh melatih otak sekaligus meningkatkan kemahiran untuk sesuatu perkara. Hal ini kerana, ia akan menggunakan kreativiti untuk menjadikan otak anda lebih fleksibel.
Tahukah anda, otak juga sama seperti otot badan yang lain. Ia memerlukan penggunaan yang kerap bagi mengekalkan kredibilitinya.
________________________________________________________________________
Berikut adalah beberapa teknik dan tips yang boleh anda lakukan untuk mengasah minda anda supaya menjadi lebih tajam dan pantas. Walau bagaimanapun, terdapat banyak lagi cara lain yang boleh anda cuba dalam memastikan minda anda kekal kreatif yang boleh anda cuba.