Selain Klook, OYO juga dilihat menawarkan bilik percuma buat petugas kesihatan barisan hadapan yang berkhidmat untuk pencegahan Covid-19. OYO menawarkan sejumlah bilik di hotel yang berdekatan dengan Hospital Kuala Lumpur, Hospital Shah Alam dan Hospital Tuanku Jaafar di Seremban yang jaraknya sekitar radius 5KM. Dengan ini, ia dapat memudahkan para petugas kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 di hospital tersebut.

Bagi petugas kesihatan yang berminat, tempahan bilik boleh dibuat menerusi talian OYO Careline di +6013-3560534, +6012-296 8682, +6016-6960616 atau +6014-3819527 di antara jam 9 pagi sehingga 6 petang setiap hari. Petugas kesihatan hanya perlu mengemukakan ID kakitangan sebagai bukti semasa mendaftar masuk.

Buat masa ini, semua perkhidmatan dan kemudahan lain di hotel akan kekal tutup sepanjang tempoh ini. Untuk mendapatkan maklumat dan bantuan lanjut, sila hubungi pasukan sokongan rakan kongsi OYO melalui emel.

Inisiatif ini akan dilaksanakan bermula hari ini sehingga 14 April 2020, yang mana petugas kesihatan boleh menikmati bilik percuma di hotel-hotel berikut:

OYO 89676 Hotel 22
No 70, Jalan Tun Dr 
Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan

OYO 188 YP Wangsa
No 8, Jalan 65C, Pekeliling
53000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

OYO 882 Hotel Sri Muda Corner Sdn Bhd
No. 73, Jalan Makmur 25/64, Taman Sri Muda
40400 Shah Alam, Selangor

Untuk mendapatkan informasi kesihatan terkini mengenai Covid-19 di Malaysia, anda boleh layari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia atau ikuti @KKMPutrajaya di Twitter.  Sementara bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19 boleh didapatkan menerusi Majlis Keselamatan Negara.

Lihat profil
Lina Rosli

1024 artikel di Tajria.