Jadi Barista Di Rumah – 5 Jenis Kopi Yang Boleh Anda Cuba

Jika anda seorang penggemar kopi dan ingin mencuba untuk membuat kopi Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda beberapa jenis kopi yang boleh anda lakukan di rumah. 

Berikut adalah lima jenis kopi yang boleh anda cuba bagi menggantikan kopi yang sering anda minum di kafe atau mana-mana kedai kopi sebelum ini.

Cold Brew Coffee

Ia tidak memerlukan anda untuk membeli atau mendapatkan peralatan yang khusus bagi mendapatkan kopi yang lazat. Anda boleh membancuh biji kopi dalam air sejuk bagi menghasilkan minuman yang enak, tanpa rasa pahit. Kaedah ini memerlukan anda untuk merendam kopi semalaman bagi mendapatkan hasil yang lebih baik pada keesokan harinya. Untuk lebih menarik, hidangkan cold brew coffee anda dengan meletakkan ais ketul di dalam gelas tinggi.

beverage on clear drinking glass

Frappucino

Bagi penggemar ais kisar (iced blended) atau frappucino, anda juga boleh mencuba membuatnya di rumah. Anda boleh mencuba melakukan frappucino dengan menggunakan pelbagai pilihan kopi instants seperti Old Town Hazelnut Latte, Nescafe Gold Creamy Latte dan banyak lagi. Anda hanya perlu membancuh kopi, kemudian masukkan kopi yang telah dibancuh bersama ketulan ais dan kisar sehingga halus. Anda juga boleh menambah cream foam di atas hidangan minuman anda untuk rasa yang lebih lazat.

Cappucino

Untuk menyediakan cappucino, ia memerlukan anda untuk membuat espresso buatan sendiri dan susu yang telah dipanaskan. Espresso boleh disediakan menggunakan mesin espresso yang mana ia pasti memerlukan sedikit kos. Namun, anda tidak perlu risau. Espresso anda masih boleh dibuat tanpa menggunakan mesin kopi yang mahal. Ia boleh disediakan dengan cara panaskan secawan air dalam cerek dan kemudian campurkan air panas tersebut bersama 1 atau 2 sudu kopi. Selepas itu, masukkan jumlah gula yang dikehendaki.

Untuk mendapatkan susu dengan foam, panaskan susu di dalam periuk sehingga mendidih. Setelah mendidih, pindahkan susu ke dalam bekas yang bertutup rapat. Tutup bekas dengan rapat dan kemudian goncangkan dengan kuat selama dua puluh saat, atau sehingga buih terbentuk.

Akhir sekali, tuang susu cair ke dalam cawan anda dan masukkan espresso yang telah dibancuh mengikut paras kopi pilihan anda. Masukkan buih susu atau foam yang telah disediakan di bahagian atas cappucino anda.

Affogato

Selain cappucino, anda juga boleh menyediakan affogato menggunakan espresso yang dibancuh sendiri di rumah. Anda hanya perlu menambah aiskrim vanila dan minuman affogato anda sudah siap untuk diminum. Untuk mengelakkan aiskrim daripada cair, anda boleh meletakkan gelas ke dalam peti sejuk dan sejukkannya untuk beberapa jam.

cream and chocolate ice cream on clear drinking glass

Mocha (Frozen Mochaccino)

Seterusnya, anda juga boleh menggunakan kopi atau espresso yang anda suka, dan jadikkannya sebagai ais ketul. Kemudiannya, tambah susu segar dan serbuk koko untuk mendapatkan rasa mocha yang menyelerakan.

Iced Vanilla Latte

Sementara untuk anda yang lebih memilih untuk menyediakan kopi yang lebih manis, anda juga boleh mencuba menyediakan iced vanilla latte di rumah. Kopi sejuk ini hanya memerlukan tiga bahan sahaja iaitu susu segar, masukkan syrup vanila dan juga serbuk kopi biasa. Tambahkan ais untuk rasa yang lebih menyegarkan, lebih-lebih lagi pada waktu panas.

________________________________________________________________________

Terdapat banyak lagi resepi kopi yang boleh anda sediakan di rumah. Anda juga boleh menambah bahan-bahan lain seperti madu, caramel, kayu manis dan banyak lagi untuk rasa yang lebih unik. Selamat mencuba!

Baca juga: Dalgona Coffee- Jom Cuba!