Samsung Hadir Dengan Vakum Tanpa Wayar – Membersih Kediaman Tanpa Halangan
Sebelum ini, Samsung telah hadir dengan siri ketuhar gelombang mikro yang baru yang menampilkan pelbagai pilihan warna yang menarik. Ia juga membawakan reka bentuk ketuhar yang moden dan minimalis serta fungsi memasak yang inovatif sesuai untuk pelbagai jenis masakan.
Untuk keluaran kali ini, Samsung turut melancarkan barisan baru untuk pembersih vakum tanpa wayar yang dinamakan Samsung Jet Cordless Stick Vacuum Cleaner (Samsung Jet 70). Selain itu, jenama ini juga membawakan Clean Station yang dapat memberikan penyelesaian pembersihan ruang dan bilik di rumah anda dengan lebih efisien.
Vakum Samsung Jet 70 menawarkan pengalaman pembersihan yang berbeza kepada pengguna yang mana ia hadir dengan kemampuan menyedut kotoran seperti habuk dan debu dengan sangat kuat. Bukan itu sahaja, vakum ini juga menampilkan rekaan dan pembinaan struktur yang ringan sekaligus menjadikan kerja pembersihan mudah dilakukan tanpa halangan.
Bateri Yang Tahan Lama
Selain itu, pengguna juga dapat menikmati masa pembersihan yang lebih lama dengan bateri berkapasiti tinggi. Dengan ini, pengguna tidak perlu terkejar-kejar untuk membersihkan seluruh kediaman kerana ia dipercayai dapat membersih dan melakukan sedutan kotoran sehingga dua jam.
Vakum Samsung Jet juga dilengkapi dengan pelbagai berus bermotor yang sangat baik yang mana sesuai digunakan untuk variasi kerja pembersihan tidak kira pembersihan ringan ataupun berat (heavy duty).
Penyelenggaraan Kebersihan Yang Baik
Menarik mengenai vakum ini juga, ia turut hadir dengan Washable Dustbin and One Click Detachable Brush Drum. Ia merupakan ciri utama penyelenggaraan kebersihan yang mana ia dapat dicuci sepenuhnya tanpa kerumitan. Jika anda ingin membasuh bahagian tong debu, hanya keluarkan tong tersebut dan anda boleh mula membersihkan debu dan mencuci semua bahagian yang terpisah dengan teliti.
Penyelesaian pembuangan debu inovatif
Clean Station pula hadir dengan penyelesaian pembuangan debu secara automatik yang mana ia akan mengosongkan tong sampah Samsung Jet anda. Clean Station juga menggabungkan sistem penapisan debu yang sangat maju sekaligus dapat menyelesaikan masalah membuang habuk yang terkumpul dari tabung vakum.
Pengguna hanya perlu meletakkan tong sampah Samsung Jet di atas Clean Station untuk mengosongkan kandungannya secara automatik. Ia menggunakan teknologi Air Pulse yang menggerakkan udara di tong sampah untuk menghilangkan habuk yang terperangkap. Debu kemudian dikumpulkan dalam beg mikro di dalam mesin, yang dapat diganti dengan mudah setiap dua hingga tiga bulan. ________________________________________________________________________
Vakum Samsung Jet menggabungkan pelbagai ciri dan aspek menarik bagi menjadikan proses pembersihan lebih mudah. Selari dengan perkembangan teknologi masa kini, vakum ini juga dilengkapi paparan digital untuk menunjukkan status mesin seperti tahap kuasa dan notifikasi jika terdapat masalah pada berus.
Bagi anda yang berminat, Samsung Jet 70 dan Clean Station boleh mula didapati di cawangan Samsung di sekitar anda. Harga jualan Samsung Jet 70 adalah RM1699, sementara Clean Station pula berharga RM699. Anda boleh klik pautan di bawah untuk pembelian secara atas-talian.