Carian
Starbucks Hadir Dengan Rekaan Kad Ganjaran Baharu Untuk Tahun 2021
January 5, 2021 Lina Rosli

Starbucks Hadir Dengan Rekaan Kad Ganjaran Baharu Untuk Tahun 2021

Untuk pengumpul kad Starbucks, sudahkah anda mendapatkan rekaan kad ganjaran terbaru untuk tahun 2021?

Jika belum, Starbucks kini hadir dengan Starbucks Rewards Card  bersempena Tahun Baru. Rekaan kad ini menampilkan tipografi 2021 pada kad. Untuk setiap nombor, ia dipadankan dengan warna yang berbeza dan juga rekaan latar belakang seakan percikan cat yang berwarna warni.

Bukan itu sahaja, Starbucks turut menawarkan kad ganjaran yang lain yang mana rekaannya menampilkan perkataan Cheers to 2021! 

Untuk mendapatkannya, anda boleh kunjungi rangkaian kedai minuman Starbucks berdekatan dan bermula hari ini. Jika ingin mengaktifkannya, anda perlu menambah-nilai sebanyak RM30 dan seterusnya boleh terus menggunakannya untuk mengumpul mata ganjaran di atas setiap transaksi.

Baca juga: Tips Memesan Minuman Di Starbucks – Dapatkan Minuman Mengikut Citarasa Anda 

Komen