Carian
Daging & Brokoli Sos Tiram Ala Masakan Cina Muslim
February 17, 2021 Min Ahmad

Daging & Brokoli Sos Tiram Ala Masakan Cina Muslim

 

Kandungan kalori: 380 kcal (untuk hidangan sebanyak 200 gram)

Tempoh penyediaan bahan-bahan: 10 minit 

Tempoh memasak: 20 minit

Saiz hidangan: 3 orang

 

Bahan-bahan:

  • 450 gram daging yang dipotong sederhana tebal
  • 2 inci halia dihiris 
  • 3-4 ulas bawang putih dicincang kasar
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula perang
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1/2 sudu teh minyak bijan
  • 1/4 cawan air
  • 1/2 batang lobak merah dihiris sedehana tebal
  • 1 floret brokoli yang telah dicelur dalam air mendidih selama 3 minit
  • 3-4 sudu besar air
  • Lada hitam kasar secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

 

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis daging sehingga ia hilang warna kemerahan.

 

Masukkan hirisan halia dan bawang putih yang dicincang. Tumiskan sehingga naik bau.

 

Sebatikan sos tiram, kicap cair,  gula perang dan minyak bijan. Tuangkan ke dalam tumisan daging. Masukkan juga hirisan lobak merah.

 

Setelah lobak merah masak dan lembut, masukkan brokoli yang telah dicelur. Masukkan bancuhan air dan tepung jagung untuk memekatkan kuah. kacau sebati.

 

Memandangkan masakan ini menggunakan sos tiram dan kicap cair, saya tidak menggunakan garam dalam hidangan ini. Setelah kuah pekat, ia sedia diangkat dan dihidangkan. Sesuai dimakan bersama nasi panas, telur dadar dan sotong goreng tepung. Selamat mencuba!

 

Komen