Carian
Naelofar Milda Shawl – Bersesuaian Untuk Anda Yang Aktif Bergerak
February 19, 2021 Lina Rosli

Naelofar Milda Shawl – Bersesuaian Untuk Anda Yang Aktif Bergerak

Sebelum ini, Naelofar telah hadir dengan hijab di bawah koleksi Giya Printed Square. Ia hadir dengan rekaan tudung dengan unsur Timur Tengah yang mana ia ditafsirkan semula menjadi gaya yang lebih kontemporari. 

Kali ini, masih dibawah #NaelofarSilkRoadCollection, jenama ini dilihat hadir dengan koleksi hijab yang dinamakan Milda Shawl. Ia membawakan selendang dengan material dan bahan yang sangat bersesuaian dipakai pada iklim panas dan lembap. 

Apa yang menarik juga adalah, selendang Milda ini kelihatan tidak jarang kerana ia menggunakan bahan linen tetapi lebih lembut yang menjadikan ia sangat mudah untuk dibentuk dan kelihatan sangat menawan saat memakainya.

Menurut Neelofa, kain yang ditampilkan pada koleksi kali ini adalah diinspirasikan sewaktu perjalanan ke bumi Mekah. Pada ketika itu beliau memakai kain jenis Milda sewaktu menunaikan ibadah dan mendapati bahawa kain ini adalah sangat selesa, mudah dan selesa untuk dipakai selain tidak panas.

Bagi anda yang berminat, Milda boleh didapati bermula hari ini di laman web Naelofar, atau dapatkan juga menerusi akaun rasmi Instagram Naelofar pada harga RM59 sehelai.

Komen