Carian
Pomelo Kolaborasi Bersama TikTok – Koleksi Fesyen Gaya Streetwear
February 22, 2021 Lina Rosli

Pomelo Kolaborasi Bersama TikTok – Koleksi Fesyen Gaya Streetwear

Sebelum ini, Pomelo telah hadir dengan koleksi fesyen tribute bersama-sama dengan syarikat perkhidmatan serupandu Grab

Kali ini, nampaknya jenama Pomelo ini bergerak aktif dalam mengembangkan penawaran produk yang mana ia hadir dengan kolaborasi terbarunya bersama TikTok.

Pomelo dan TikTok melancarkan kolaborasi fesyen pertamanya di Asia Tenggara yang bertemakan Be Bold Be YOU. Melalui koleksi ini, ia hadir dengan mesej yang merangkumi kepelbagaian kreatif yang dipersembahkan di dalam aplikasi oleh para individu dan komuniti di TikTok.

Koleksi ini hadir dalam 13 variasi item fesyen dengan penampilan rekaan kontemporari yang unik yang turut dikenali sebagai fesyen streetwear. Ia dihiasi dengan logo TikTok, penampilan teks ‘Bold’ pada baju dan juga cermin mata hitam, seluar seluar sukan dengan tali yang dipaparkan nama TikTok pada sisi kiri.

Menarik mengenai acara pelancarannya juga, TikTok hadir dengan cabaran khusus untuk para individu yang berminat untuk menggayakan koleksi terbaru ini bermula 24 Februari hingga 5 Mac 2021. Bukan itu sahaja, kenama fesyen Pomelo juga akan mengadakan Livestream Show menerusi aplikasi dan Facebook rasmi Pomelo pada 24 Februari ini.

Untuk mendapatkannya juga, anda boleh layari laman web rasmi Pomelo di pomelofashion.com dan mendapatkan item fesyen ini pada harga bermula RM75.
 

Komen