Jika anda mengunjungi kedai kopi, kafe atau apa-apa restoran, pasti anda pernah perasan yang mana terdapat lebih daripada 10 jenis minuman kopi yang berbeza yang boleh anda cuba. Sebagai contoh, latte, mocha, cappuccino dan banyak lagi.
Namun, apakah yang berbeza? Untuk pengetahuan anda, setiap jenis kopi ini mempunyai sukatan yang berbeza untuk kopi, susu, gula dan juga tambahan bahan yang lain.
Jadi untuk mengetahuinya lebib lanjut, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda jenis minuman kopi yang popular di kebanyakan kafe yang boleh anda cuba bermula hari ini.

Jenis Minuman Kopi
Berikut adalah senarai minuman kopi yang sering ditawarkan di dalam menu untuk anda cuba:
Kopi Hitam
Jenis minuman ini adalah antara yang popular dalam kalangan peminat kopi. Disebabkan warna yang hitam, maka intensiti rasanya juga lebih tinggi berbanding yang lain.
Kopi hitam adalah gabungan air dan kopi tanpa susu. Ia dihidangkan tanpa perisa tambahan seperti gula, krim dan susu.
Untuk kopi hitam, ia juga hadir dengan beberapa pilihan yang boleh anda cuba, iaitu:
Espresso
Espresso adalah sejenis kopi yang terkenal dari Itali. Ia dihasilkan menggunakan mesin wap tekanan tinggi melalui biji kopi yang digiling dan dikisar. Hasil akhir untuk espresso biasanya kelihatan pekat. Disebabkan intensiti dan tahap kafein yang tinggi per unit, ia sering menjadi asas untuk minuman kopi lain seperti Americano, Latte, Macchiato, Mocha dan banyak lagi.
Ristretto
Untuk ristretto, ia adalah gabungan espresso yang dikurangkan jumlah air sebanyak separuh. Untuk rasa akhir, ia akan rasa seakan espresso tetapi lebih pekat dengan rasa yang sedikit berbeza
Long Black
Long Black mempunyai rasa yang lebih kuat berbanding Americano. Ia biasanya dihidangkan dengan menuangkan dua shot ristretto atau espresso ke dalam jumlah air yang lebih sedikit.
Americano
Jika anda perasan, pelanggan sering mendapatkan jenis minuman Americano bersama ais. Namun, tahukah apa kandungannya? Americano ini sering disediakan dengan tambahan sejumlah besar air panas bagi mengurangkan sedikit rasa espresso dengan intensiti rasa yang lebih rendah.
Latte
Sebagai minuman kopi yang paling popular dan menjadi kegemaran kebanyakan individu. Latte terdiri daripada segelas espresso dan susu kukus. Berbanding dengan cappuccion, ia mengandungi lebih banyak susu, sementara cappuccino mengekalkan rasa espresso yang lebih kuat dengan mengurangkan sedikit susu dan ditambah dengan lapisan buih yang tebal di atasnya
Piccolo Latte
Piccolo latte atau latte kecil dibuat dengan menuangkan susu suam ke dalam ristretto. Kafe biasanya menyajikannya dalam gelas latte 100ml, jadi pada dasarnya ia adalah sedikit kopi susu
Flat White
Minuman kelahiran Aussie ini pada dasarnya adalah cappuccino tanpa buih atau taburan coklat di atasnya. Ia terdiri daripada espresso dengan jumlah susu kukus yang lebih rendah. Rasa espresso masih menguasai aroma, sementara susu berfungsi sebagai penunjang rasa
Cappuccino
Cappuccino adalah latte yang dibuat dengan lebih banyak buih daripada susu kukus dan kadangkala ia diletakkan serbuk koko atau kayu manis di atasnya. Minuman kopi ini mengandungi 1/3 espresso, 1/3 susu berbuih, dan 1/3 susu kukus.
Macchiato
Macchiato adalah minuman berasaskan espresso yang mempunyai buih di atasnya. Berbeza dengan cappucino, ia tidak menggunakan susu di dalamnya, tetapi hanya meletakkan susu buih yang tebal di atasnya. Ada resepi yang mengatakan macchiato adalah gabungan duppio, iaitu double espresso shot dan juga susu berbuih.
Mocha
Untuk semua peminat coklat anda di luar sana, anda akan jatuh cinta dengan mocha. Mocha adalah minuman espresso, coklat dan juga susu. Untuk mocha panas, ia biasanya ditambah dengan sedikit buih, namun untuk mocha sejuk ia hanyalah sekadar espresso, coklat dan dan susu.
Lungo
Lungo seakan sama dengan espresso. Yang membezakan ia adalah, ia memerlukan masa yang lama untuk menyediakannya yang mana akan ditarik lebih panjang. Jadinya, jika ia dititiskan lebih lama, ia akan menambah lebih banyak air sekaligus akan menghasilkan rasa yang kurang kuat berbanding espresso.
Affogato
Affogato adalah kopi yang dinikmati bersama dengan aiskrim vanila. Ia juga boleh disajikan bersama brownies. untuk menyediakannya, anda hanya perlu satu sudu aiskrim dan sedikit espresso.
Cold Brew
Kaedah Cold Brew adalah kaedah terbaru untuk menghidangkan kopi gelap. Ia dihasilkan menerusi penapis kopi berkualiti tinggi tetapi murah dan mudah. Anda boleh membuat kopi minuman sejuk dengan mudah. Ia disediakan dengan cara mencampurkan kopi dengan air sejuk, kemudian kukus dan biarkan di dalam peti sejuk semalaman.
________________________________________________________________________
Di harap dengan perkongsian, ia membantu menyelesaikan kekeliruan anda dalam memilih hidangan kopi. Jika anda mempunyai jenis minuman kopi. yang anda gemari, jangan lupa untuk kongsikan bersama Tajria.
Baca juga: Jadi Barista Di Rumah – 5 Jenis Kopi Yang Boleh Anda Cuba