Carian
Apa Tawaran Menarik Yang Tersedia Di Touch ‘n Go eWallet Untuk 2021?
March 1, 2021 Lina Rosli

Apa Tawaran Menarik Yang Tersedia Di Touch ‘n Go eWallet Untuk 2021?

Kerajaan Malaysia sememangnya menggalakkan penggunaan dompet digital sewaktu melakukan transaksi pembayaran di kebanyakan kedai. Dan salah satu dompet digital yang popular adalah Touch ‘n Go eWallet.

Sebelum ini Tajria pernah berkongsi kepada anda 5 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Menggunakan Touch ‘n Go eWallet. Jadi, kali ini kami ingin berkongsi tawaran menarik yang lain yang tersedia di aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk tahun suku pertama tahun 2021.

Beli Tealive Terus Daripada Aplikasi

Melalui penggunaan Touch ‘n Go eWallet, anda boleh mendapatkan pelbagai tawaran dan promosi hebat dari pelbagai jenis jenama. Antaranya adalah Tealive yang mana sehinga 14 Mac 2021 ini, beli satu minuman Tealive kegemaran anda dan dapatkan juga satu lagi minuman percuma menggunakan kod promo B1F1. 

Anda hanya perlu klik logo Tealive pada pilihan perkhidmatan yang tersedia dan kemudian tetapkan lokasi cawangan Tealive yang anda inginkan. Anda juga boleh memilih sama anda ingin menggunakan kaedah ambil-sendiri ataupun kaedah ambil di laluan memandu Tealive.

Belian Di Lazada 

Selain Tealive, anda juga boleh menggunakan servis pembelian barangan di Lazada terus dari aplikasi Touch ‘n Go eWallet. Ia hadir dengan jualan kilat (Flash Sale) yang membawakan barangan pada harga yang rendah yang boleh anda dapatkan tanpa perlu menukar ke aplikasi Lazada.

Untuk menggunakannya, anda perlu klik ke logo Lazada dan kemudiannya anda boleh mula membeli barangan yang anda inginkan. Bukan itu sahaja, pada jam 12 tengahari setiap hari, anda boleh mendapatkan dan menebus baucar harian untuk kegunaan yang bersesuaian.

Memilih Kaedah Pembayaran Touch ‘n Go Di Google Play Store

Touch ’n Go eWallet juga kini menyokong pembayaran untuk pembelian Google Play Store. Dengan ini, anda boleh melakukan pembayaran permainan, buku, aplikasi dan macam-macam lagi di Play Store dan menerima pulangan tunai sehingga RM5 sehingga 30 April 2021. 

Mendapatkan Kredit Untuk Permainan Mudah Alih Kegemaran Anda

Selain itu juga, anda boleh menambah nilai di Touch ‘n Go eWallet dan membeli kredit untuk permainan mudah alih anda menerusinya. Terdapat pelbagai permua yang menawarkan sokongan pembelian kredit di aplikasi Touch ‘n Go eWallet termasuk:

  • PUBG Mobile
  • Steam Wallet Code
  • Mobile Legends: Bang Bang
  • Ragnarok M: Eternal Love
  • Marvel Super War

Layari aplikasi Touch ‘n Go eWallet untuk mengetahui senarai penuh permua.

Buat masa ini, aplikasi ini masih tidak menyokong pemindahan baki daripada Touch ‘n Go eWallet ke kad fizikal. Namun, ia mungkin akan diperkenalkan menjelang penghujung 2021. Bagi anda yang menggunakan khidmat Touch ‘n Go, boleh memuat-turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet ini ke peranti anda hari ini.

Muat-turun: Play Store , App Store

 

Komen