Ketahui Makna 13 Lampu Amaran Yang Menyala Pada Meter Kereta Anda
Tahukah anda bahawa isyarat lampu enjin yang dipamerkan di meter kereta anda membawa maksud yang tersirat?
Sebelum ini, Tajria pernah berkongsi kepada tentang warna isyarat yang terpapar pada meter kereta yang menandakan keseriusan perkara yang berlaku pada kereta anda.
Sebagai contoh, apabila muncul lampu berwarna merah, ia bermakna anda perlu mendapatkan bantuan dengan kadar segera. Perkara ini kadang kala berkaitan dengan keselamatan penumpang.
Jika ia berwarna kuning, keadaan ini bermaksud anda harus berhenti dan mematikan enjin sebaik sahaja anda menemui tempat yang selamat untuk melakukannya. Untuk sesetengah kereta, lampu enjin berwarna kuning bermaksud anda perlu menyemak atau menyiasat keadaan kereta anda.
Apabila ia berwarna biru atau hijau pula bermakna anda sedang mengaktifkan sesuatu. Antaranya adalah lampu tinggi atau juga ia membawa maksud coolant dalam keadaan sejuk yang mana anda baru sahaja menghidupkan kereta.
Kenali Maksud Isyarat Yang Terpapar Pada Meter
Berikut adalah beberapa contoh amaran yang sering keluar pada meter kereta anda yang perlu anda ketahui supaya tidak berasa panik.
Amaran Suhu atau Engine Temperature Warning Light
Jika anda melihat tanda amaran ini pada meter kereta anda, ia membawa makna yang mana enjin anda terlalu panas.
Untuk kes ini, sebaiknya anda mencari tempat berhenti yang selamat dan matikan enjin. Elakkan daripada terus membuka bonet dan bekas enjin di hadapan.
Amaran Tekanan Minyak
Simbol ini memberi maksud yang mana sensor enjin mengesan tekanan minyak berada di bawah paras selamat.
Apa yang perlu anda lakukan adalah matikan enjin kerana ia boleh menambah merosakkan enjin jika tidak dikendalikan dengan baik. Tanda amaran ini menandakan berlaku kebocoran penggunaan minyak atau kerosakan pam minyak (oil pump).
Amaran Bateri
Ia menunjukkan bahawa bateri anda berada di paras di bawah minima yang mana ia akan menyebabkan kereta anda tidak mendapat kuasa yang secukupnya.
Apa yang perlu dilakukan adalah anda boleh menukar bateri ataupun anda boleh mengecasnya supaya anda mempunyai bekalan yang bersesuaian.
Amaran Isi Minyak
Lampu amaran minyak berfungsi sebagai penanda aras bagi kapasiti minyak sahaja.
Untuk pengetahuan anda, apabila lampu amaran sudah menyala atau berkelip-kelip, bergantung kepada model kereta, jarak yang boleh ditempuh secara minimum adalah sejauh 50 km.
Amaran Enjin
Lampu amaran ini menyala apabila terdapat masalah dalam pencucuhan.
Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memeriksa sistem pengendalian mesin. Jika ia berkelip ketika memandu, kurangkan kelajuan kenderaan dengan segera sehingga lampu tidak berkelip.
Lampu ABS
Lampu ini akan menyala sebentar setiap kali anda menghidupkan enjin kereta kerana ia adalah sebahagian daripada pemeriksaan sistem.
Sekiranya lampu menyala berterusan, itu bermakna sesuatu tidak berfungsi dan sistem telah dimatikan. Sensor ABS juga berfungsi di setiap roda bagi memantau kelajuan roda yang berpusing.
Amaran Palam Cahaya atau Glow Plug Indicator
Ia biasanya berlaku pada kenderaan yang menggunakan sistem enjin diesel. Amaran ini akan diaktifkan ketika suhu mesin diesel terlalu rendah untuk menghidupkannya. Palam cahaya akan menaikkan suhu di dalam silinder untuk membantu menekan dan meletupkan bahan bakar diesel.
Sekiranya lampu palam cahaya menyala, ini hanya menunjukkan bahawa lampu telah diaktifkan untuk memanaskan enjin. Namun, jika lampu ini berkelip, ini bermakna kenderaan anda telah mengesan masalah dengan palam lampu.
Anda mungkin tidak dapat menghidupkan enjin anda jika lampu ini tersekat. Namun, jika anda dapat menghidupkan enjin anda, kami mengesyorkan membawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan.
Lampu Pemakaian Tali Pinggang Keledar
Amaran ini akan dikeluarkan jika kenderaan anda mendapati anda tidak memakai tali pinggang keledar.
Ia biasanya memerlukan penumpang bahagian hadapan untuk memasang tali pinggang keselamatan.
Indikator Beg Udara atau Airbag Indicator
Lampu amaran ini menyala apabila beg udara untuk penumpang ini dimatikan. Sekiranya ia menyala secara berterusan, anda perlu memeriksa jika terdapat kerosakan pada beg udara atau tali pinggang keledar.
Kapasiti Cecair Pencuci
Anda akan mendapati lampu amaran ini bernyala apabila bendalirnya berada pada paras rendah.
Apa yang anda perlu buat adalah mengisinya pada paras yang secukupnya.
Amaran Brek
Sekiranya lampu amaran brek menyala ketika anda menggunakan brek, atau terus menyala, ini bermakna tekanan hidraulik telah hilang di salah satu sisi sistem brek.
Amaran ini juga mungkin menunjukkan yang mana paras bendalir di silinder induk brek sangat rendah yang disebabkan oleh kebocoran di suatu tempat dalam sistem brek.
Lampu Tinggi Diaktifkan
Apabila anda mendapati amaran membuka lampu ini berwarna biru, makanya lampu yang anda gunakan adalah lampu tinggi.
Jika ia dipasang, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan pemandu dari arah bertentangan kerana paras lampu yang terlampau terang.
Lampu Bawah Diaktifkan
Lampu penunjuk ini menunjukkan yang mana anda sedang membuka lampu bawah atau low beam light.
________________________________________________________________________
Berikut adalah 13 lampu amaran yang perlu anda ketahui sewaktu mengendalikan kereta. Ia bagi mengetahui keadaan kereta anda dengan lebih baik selain memastikan keselamatan sewaktu pemanduan.