Carian
Tips Fesyen Ketika Bersukan, Lakukan Aktiviti Lasak Untuk Muslimah
March 16, 2021 Lina Rosli

Tips Fesyen Ketika Bersukan, Lakukan Aktiviti Lasak Untuk Muslimah

Sebelum ini Tajria pernah berkongsi kepada anda 5 jenama fesyen yang menawarkan pakaian sukan untuk Muslimah. Dengan penawaran fesyen ini, ia memudahkan anda untuk kekal aktif dan melakukan aktiviti lasak tanpa perlu risau akan ketidakselesaan sewaktu bergerak.

Selain mengutamakan keselesaan sewaktu bersukan, fungsi pakaian aktif ini sebenarnya bagi menampilkan perlindungan kepada otot selain mengurangkan risiko keradangan dan juga kecederaan. Malah, ia juga membantu mencegah pembentukan asid laktik selain mampu melindungi otot untuk keesokan harinya.

Jadi, hari ini Tajria ingin berkongsi kepada anda tips penggayaan dan cara untuk berfesyen namun masih mengekalkan ciri keselamatan ketika bersukan.

Pilih Rekaan Yang Bersesuaian

Bagi seorang muslimah, adalah penting untuk anda mendapatkan dan menggayakan pakaian sukan yang masih mengekalkan ciri sopan dan tidak terlalu ketat. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah memilih rekaan yang labuh dan longgar. Bagi anda yang mungkin mengalami kesukaran mencari baju yang labuh, anda boleh mengenakan skirt sukan sebagai tambahan bagi menutup bahagian punggung.

Untuk mendapatkan baju sukan labuh, anda boleh melayari laman shopee atau lazada selain membelinya daripada jenama seperti Ariani RTW, Cakenis dan banyak lagi.

Ariani

Pastikan Pakaian Sukan Tahan Lasak Dan Tidak Berat

Selain rekaannya yang mesra-muslimah, anda juga perlu mendapatkan pakaian yang tahan lasak selain bahan yang digunakan mestilah berupaya menahan tekanan yang ketara semasa melakukan aktiviti sukan.

Anda juga perlu memastikan bahan yang digunakan tidak begitu berat kerana jika berat, ia akan menganggu prestasi semasa anda bersukan dan juga boleh menyebabkan kecederaan seperti ketegangan otot dan kekejangan.

Pilih Fabrik Yang Bersesuaian – Baik Dari Segi Serapan

Spandex adalah salah satu jenis bahan yang paling kerap digunakan dalam menghasilkan pakaian aktif dan juga pakaian sukan. Ini disebabkan oleh daya regangan yang tinggi sekaligus menjadikan pakaian lincah dan selesa untuk pergerakan yang berat. 

Bukan itu sahaja, bahan ini juga baik untuk menyerap peluh, mudah bernafas serta berupaya untuk kering dengan cepat. Jadi, secara keseluruhan ia adalah pilihan yang bagus jika anda ingin mendapatkan pakaian sukan. Selain spandex, anda juga boleh mencari bahan seperti poliester dan juga kain sintetik.

_________________________________________________________________

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda ambil kira sebelum mendapatkan pakaian sukan yang bersesuaian untuk anda. Di samping menjadikan anda lebih bergaya, anda juga perlu memilih busana yang memudahkan pergerakan serta mengurangkan risiko keradangan.

Komen