Lina Rosli Diterbitkan 6 May 2021

PotonGuler – Susu Pekat Manis Tanpa Gula?

Seperti yang anda sedia maklum, gaya pemakanan memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan anda mendapat nutrien yang secukupnya. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kesan yang buruk kepada kesihatan seseorang individu.

Oleh itu, untuk mengurangkan risiko masalah kesihatan, makanya pengambilan makanan yang segar dan berkhasiat adalah satu keperluan.

Baru-baru ini, BizSmart telah hadir dengan satu program yang menyediakan peluang dan latihan kepada perniagaan yang ingin mengembangkan operasi perniagaan mereka.

Sebelum ini, Tajria telahpun berkongsi serba sedikit mengenai Wise Crafters yang hadir dengan inisiatif untuk gaya pemakanan yang sihat. Tidak ketinggalan, PotonGuler turut memfokuskan kepada misi yang sama iaitu ingin hadir dengan menu pemakanan yang baik untuk kesihatan.

Latar belakang PotonGuler

PotonGuler adalah syarikat makanan yang memfokuskan kepada gaya hidup sihat. Ia menawarkan pemanis minuman semula jadi yang rendah kalori. Bukan itu sahaja, PotonGuler juga telahpun mempatenkan produk ini yang mana ia dipanggil sebagai Gula Baik.

Untuk pengetahuan anda, PotonGuler merupakan susu pekat manis tanpa gula putih yang pertama. Ia berfungsi seakan Stevia dan Oligofructose yang merupakan alternatif kepada pemanis gula biasa.


Menurut PotonGuler, produk ini sesuai untuk diambil dalam makanan harian disebabkan bahan kandungannya yang rendah gula, rendah kalori selain masih mengekalkan rasa yang lazat.

Bukan itu sahaja, PotonGuler juga turut menawarkan produk makanan  yang sesuai untuk pesakit kencing manis yang mana ia adalah produk mesra diabetik.

Apakah yang mendorong anda menghasilkan susu pekat manis menggunakan Stevia dan Oligofruktosa?

Disebabkan gaya pemakanan rakyat Malaysia yang gemar akan makan makanan manis selain mendapatkan snek manis diluar waktu makan, makanya PotonGuler merasakan akan kepentingan untuk memastikan pengambilan gula berlebihan tidak menjejaskan kesihatan individu.

Oleh sebab itu, dengan adanya pemanis semula jadi, pengambilan makanan dan minuman yang berlebihan gula setiap hari tidak akan menjadi suatu masalah yang membimbangkan lagi.


Bagaimana produk PotonGuler memberi manfaat kepada individu?

Potonguler diperbuat daripada susu sebenar New Zealand yang berkualiti. Ia juga mengandungi 70% susu dan 30% pemanis semula jadi. Malah, ia juga sesuai untuk individu yang mungkin mementingkan penjagaan makanan dan minuman tanpa manis khusus untuk yang mempunyai masalah diabetis.

Disebabkan ia tidak hadir dengan gula putih juga, ia dapat mengurangkan risiko yang boleh menyebabkan kegemukkan atau obesiti selain mengelakkan penyakit kronik seperti kanser.

Oleh itu, gantikan susu pekat sedia ada dalam minuman seperti teh, kopi, kuih muih dan kek serta pelbagai menu makanan kepada PotonGuler.


Akhir sekali, dengan bantuan daripada program Alliance BizSmartĀ® Challenge, PotonGuler didedahkan kepada pelbagai kaedah pemasaran digital. Dengan ini, mereka dilihat akan mengembangkan penawaran dengan meningkat kesedaran mengenai PotonGule kepada rakyat Malaysia.

PotonGuler juga berusaha untuk menjadi pengubah permainan di dalam pasatan produk makanan rendah kalori dan mesra diabetes melalui idea inovatif selain mampu dimiliki oleh rakyat biasa.

Untuk mendapatkannya, anda boleh dapatkannya di: