Terdapat pelbagai kedai runcit atau perkhidmatan yang menyediakan pembelian secara atas talian.

Selain GrabFood, FoodPanda, HappyFresh dan banyak yang lain, anda juga boleh mencuba membeli barangan keperluan anda seperti barangan basah dan barangan dapur di Shopee.

Platform ini membawakan beberapa kedai runcit dari seluruh Malaysia yang boleh anda pesan barangan keperluan harian anda terus ke pintu rumah.


ON Grocer

Layari ON Grocer di Shopee 

(Penghantaran di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor)

Kedai runcit ini menyajikan pelbagai kategori produk tidak kira sama ada barangan dapur kering mahupun barangan basah.

Antara barangan yang boleh dipesan termasuk sayur-sayuran, telur, ayam, daging lembu, makanan tin, barangan untuk manisan dan banyak lagi.



Bagi anda yang berminat, anda boleh kunjungi kedai ON Grocer di Shopee dan mula membuat pesanan hari ini. Ia beroperasi setiap hari dan bagi anda yang duduk di luar Kuala Lumpur dan Selangor, anda boleh memilih pilihan ‘Others’ semasa ingin semak keluar barangan.

TMG Mart

Layari TMG Mart di Shopee

(Penghantaran di ke seluruh negara)

Selain mengunjungi kedai fizikal TMG Mart, anda kini boleh mendapatkan barangan keperluan anda melalui kedai atas talian Shopee mereka.

Ia merangkumi daging lembut, ayam, makanan laut, buah-buahan sayur-sayuran, barangan penjagaan diri dan rumah serta banyak lagi pada harga yang berpatutan.


Malah, kedai ini turut membawakan kepada anda diskaun dan tawaran menarik mengikut masa yang ditetapkan. Dengan ini, pengguna tidak perlu risau untuk mendapatkan apa-apa yang diperlukan tanpa perlu keluar dari rumah untuk membelinya.

Bagi anda yang berminat, anda boleh kunjungi kedai TMG Mart di Shopee dan mula membuat pesanan hari ini. 

Mydin

Layari Mydin di Shopee

(Penghantaran di ke seluruh negara)

Sama seperti TMG Mart, kedai runcit Mydin turut membawakan kepada anda variasi pilihan produk yang diperlukan sepanjang tempoh pandemik ini.

Anda boleh mendapatkan ratusan produk yang tersedia daripada pelbagai kategori seperti daging dan sayuran segar, keperluan makanan, roti, kecantikan dan peralatan kesihatan, penjagaan haiwan dan banyak lagi.


Mereka menawarkan diskaun untuk penghantaran yang melebih perbelanjaan minima RM15. Bagi anda yang berminat, anda boleh kunjungi kedai Mydin di Shopee dan mula membuat pesanan hari ini. 

Servay Online

Layari Servay Online di Shopee

(Penghantaran di ke seluruh negara)

Bagi anda yang tinggal di sekitar Sabah dan Sarawak pula, anda boleh mencuba kedai runcit Servay Online yang menawarkan barangan keperluan untuk dapur dan rumah anda.

Melalui kedai ini, anda boleh mendapatkan barangan keperluan istimewadari Sabah dan Sarawak seperti mi, pes makanan, sos dan kicap serta banyak lagi.


Bagi anda yang berminat, anda boleh kunjungi kedai Servay Online di Shopee dan mula membuat pesanan hari ini. Ia beroperasi setiap hari dan anda yang berada di Semenanjung juga turut boleh membuat pesanan.

Agrobazaar Malaysia

Layari Agrobazaar Malaysia di Shopee

(Penghantaran di ke seluruh negara)

Untuk anda yang inginkan stok barangan segar dari kedai atas-talian, anda mungkin boleh membuat pesanan di kedai Shopee Agrobazaar Malaysia.

Ia menampilkan ratusan barangan segar termasuk bawang, kunyiy, halia, daging segar, sayuran segar, makanan bertin, pes buatan Malaysia dan banyak lagi.


Bukan itu sahaja, kedai ini juga menawarkan promosi menarik mingguan serta diskaun sehingga 15% untuk perbelanjaan minima RM60.

Bagi anda yang berminat, anda boleh kunjungi kedai Agrobazaar Malaysia di Shopee dan mula membuat pesanan hari ini. Walau bagaimanapun, disebabkan atas pesanan yang terhad, tarikh penghantaran untuk pesanan yang dikirim mungkin akan mengambil masa yang sedikit lama.

Shopee Mart

Layari Shopee Mart

Tidak ketinggalan juga, Shopee turut hadir dengan penawaran barangan rumah mereka yang tersendiri. 

Ia mempunyai lebih dari 10,000 produk yang boleh anda dapatkan pada kedai berkenaan yang merangkumi produk kecantikan, produk kelengkapan rumah, barangan untuk masakan, makanan segera, snek, ubat-ubatan serta banyak lagi.


Namun setakat ini, Shopee Mart dilihat masih belum menawarkan makanan atau barangan segar seperti kedai-kedai yang lain.

Sebelum anda membuat pesanan, pastikan anda semak dahulu diskaun atau promosi yang ditawarkan pada slot Shocking Sales atau tebus dahulubaucar yang bersesuaian dan nikmati pulangan koin untuk pembelian anda. Kunjungi Shopee Mart dan mula membuat pesanan hari ini. 

Selain di Shopee, Tajria juga sebelum ini turut berkongsi beberapa platform yang menawarkan barangan runcit secara atas talian. Anda boleh baca lanjut di; Platform Penghantaran Barang Runcit Di Malaysia.