Sebelum ini, Seiko telahpun hadir dengan jam tangan Prospex 1965 dan 1970. Ia memfokuskan penawaran untuk penyelam yang mana ia telah diberikan nafas baru dengan penampilan rekaan yang ranggi dan lasak.

Nampaknya, kini Seiko kembali lagi dengan sebuah lagi jam tangan baru yang dinamakan Seiko 5 Sports edisi terhad.

Jam tangan ini adalah kolaborasi bersama GUCCIMAZE. Untuk pengetahuan anda, beliau adalah pereka grafik bebas kelahiran Kanagawa, Jepun. Berpusat di Tokyo, beliau aktif dalam membuat karya untuk Jepun dan luar negara selain hadir dengan beberapa produk dengan bekerjasama dengan banyak artis dan jenama.


Bercerita mengenai Seiko 5 Sports edisi terhad, jam tangan ini hadir dengan rekaan seakan ukiran pada bezel.  Sementara pada bahagian buckle tali pula terdapat nombor 5 dengan penampilan tipografi yang direka khas oleh GUCCIMAZE untuk edisi terhad ini.

Secara amnya, jam tangan ini dilihat sesuai bagi anda yang ingin menyerlahkan gaya yang tersendiri di samping ingin tapi kasual dan formal pada sesuatu acara. Hal ini kerana, seperti kebanyakan jam tangan mewah yang lain, Seiko 5 Sports ini turut hadir dengan tali jam tangan besi. Jadinya, ia bukan sahaja menampilkan imej mewah, malah ia turut hadir dengan ketahanan jangka masa panjang.

Bagi anda yang berminat, koleksi jam tangan Seiko 5 Sports ini boleh mula didapati di rangkaian kedai fizikal Seiko dan juga kedai jam tangan premium di seluruh Malaysia dan Brunei.