Ramai yang mengatakan bahawa untuk mendapatkan daging yang empuk, anda perlu mendapatkan sama ada daging premium selain memerlukan juga teknik memasak yang lama.

Walau bagaimanapun, tahukah anda jika memasak daging pada tempoh yang berlebihan, ia boleh menjadikan daging anda kering dan agak kenyal untuk digigit.


Oleh yang demikian, anda perlu memastikan yang mana daging anda perlu dimasak pada tempoh yang tepat dan tidak memanaskannya pada suhu yang terlampau tinggi. Jadi, Tajria hari ini ingin berkongsi tips dan kaedah yang boleh anda ikuti untuk mendapatkan daging yang empuk untuk stik anda.

Apa Itu Kaedah 3-2-1?

Untuk pengetahuan anda, kaedah 3-2-1 merupakan idea yang menunjukkan tiga set masa untuk memasak daging. Lebih-lebih lagi untuk bahagian daging pada tulang rusuk.

Kaedah 3-2-1 ini merujuk kepada tempoh tiga jam untuk memanggang pada api perlahan, kemudia diikuti 2 jam memanggang di dalam bekas aluminium dan juga 1 jam masa untuk memasak biasa sama ada secara atas kuali atau di atas tempat pemanggang.

Mengapa ada panggang di luar dan panggang di dalam bekas aluminium? Jawapannya adalah untuk membiarkan daging dimasak seakan dalam stim ketika dibungkus menggunakan pembalut aluminium. Sementara ketika dipanggang di luar pula, ia akan memberi ruang untuk daging tersebut menjadi sedikit kering.


Bolehkah Memanggang Kurang Dari 6 Jam?

Sudah tentu anda boleh memanggang kurang dari 6 jam. Sebagai ganti, anda boleh menggunakan kaedah 2-2-1 yang bersamaan dengan 5 jam memasak.

Dengan cara ini, ia akan mengelakkan daging anda menjadi terlalu kering selain tidak mengubah rasa dan bau daging. Hal ini kerana, semakin lama ia dipanggang, akan semakin kuat rasa asap pada daging.

Namun, jika anda ingin memasak daging selain dari panggang, anda boleh menggunakan cara lain untuk mengempukkan daging lembu anda.

Baca lanjut di: Daging Empuk Tanpa Menggunakan Pressure Cooker.