Sebelum ini Tajria pernah berkongsi kepada anda yang mana pengambilan makanan berlemak seperti daging boleh menyebabkan berlakunya sakit perut atau diarea.
Namun, sebenarnya terdapat beberapa faktor lain yang turut boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Bagi mengetahui lebih lanjut, Tajria akan berkongsi kepada ada 10 punca lain yang boleh menyebabkan diarea.

Apa Itu Diarea?
Diarea atau turut dikenali sebagai cirit-birir adalah satu keadaan yang mana seseorang inidividu mengalami masalah buang air besar. Individu yang menghadapi diarea biasanya akan menghasilkan najis yang cair dan juga akan lebih kerap membuang air besar.
Masalah diarea ini biasanya boleh terjadi kepada semua lapisan umur iaitu bermula dari bayi sehingga ke orang dewasa.
Kebanyakan individu yang mengalami diarea, ia akan mengambil masa sekitar 2 hingga 3 hari untuk pulih. Namun, terdapat sesetengah kes yang mana individu mengalami diarea lebih daripada seminggu.
Jika berlaku sedemikian, ia mungkin disebabkan oleh berlakunya jangkitan kuman pada usus, keradangan atau lebih teruk lagi adalah kanser usus. Malahan, jika seseorang individu mengalami diarea terlalu kerap, mereka mungkin mempunyai sindrom iritasi usus (IBS) atau keadaan lain.

Apa yang Menyebabkan Diarea?
Punca utama yang menyebabkan diarea adalah kesan kemasukan virus ke dalam ke usus. Namun terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan masalah ini termasuk:
- Alergi
- Pengambilan makanan yang mengganggu sistem pencernaan
- Jangkitan bakteria atau keracunan makanan
- Pengambilan ubat-ubatan atau julap
- Gangguan usus yang menyebabkan penyerapan nutrien tidak dapat dilakukan
- Diabetes
- Penyakit usus seperti penyakit Crohn atau kolitis ulseratif
- Tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme)
- Terapi radiasi
- Kanser
Bagaimana Untuk Mengetahui Anda Mengalami Diarea?
Individu yang mengalami keadaan ini cenderung untuk mempunyai simptom dan gejala seperti berikut:
- Anda mungkin akan mengalami kembung dan kekejangan pada bahagian perut
- Anda akan mendapati najis tampak cair dan berair.
- Kerap berasa perlu membuang air besar dan sering ke tandas.
- Jika lebih serius lagi, najis juga kelihatan darah dan berlendir.
Sekiranya anda mempunyai najis berair lebih dari tiga kali sehari, ia menandakan bahawa badan anda tidak mempunyai cairan yang cukup dan anda mungkin mengalami dehidrasi.
Sumber: myhealth