Carian
Ini 5 Dapur Gas Yang Boleh Dipilih – Harga Bermula RM70
July 5, 2021 Lina Rosli

Sebelum ini, Tajria telahpun berkongsi kepada anda perbezaan antara dapur  induksi dan dapur gas biasa.

Antara kelebihan dapur induksi adalah ia menawarkan haba yang panas dengan cara yang lebih moden iaitu pemanasan menggunakan sinaran elektromagnetik.

Sementara dapur gas biasa pula menggunakan gas dan udara untuk menghasilkan percikan api yang berwarna biru dan akan dihidupkan menggunakan pembakar.

Bercerita mengenai dapur gas biasa lagi,  ia juga ditawarkan pada harga yang lebih murah berbanding dapur memasak yang lain sekaligus menjadi pilihan individu di kebanyakan tempat.

Oleh itu, Tajria hari ini hadir dengan lima pilihan dapur gas yang boleh anda lihat dan dapatkan untuk dapur rumah anda lebih-lebih lagi untuk yang baru berpindah ataupun merancang untuk menukar atau membeli dapur gas yang baru.

Dapur Gas Pensonic PGC-26N

Ia hadir dengan dua tempat memasak selain dilengkapi dengan tungku berasaskan tembaga yang menjadikan ia ini lebih tahan lama dan sesuai untuk anda yang kerap memasak dan juga sering memasak pada kuantiti yang banyak.


Dari segi berat pula, ia hadir dengan jisim seberat 3.3 kilogram dan bersaiz 710x 370x 85mm yang mana sesuai untuk anda yang memilik dapur memasak yang kecil. 

Jika anda membeli secara atas-talian di kedai rasmi Pensonic, dapur gas ini ditawarkan pada harga RM75 sebuah.

Beli: Kedai Rasmi Pensonic

Dapur Gas Elba – EGS-F7192

Untuk jenama Elba pula, Tajria mencadangkan anda mendapatkan dapur gas EGS-F7192. Ia dilengkapi dengan Turbo Jet Burner dan juga binaan tungku berasaskan tembaga. Dengan ini, ia menjadikan dapur gas anda sesuai untuk penggunaan tempoh yang lama.


Selain itu, ia turut hadir dengan sokongan pan bersalut plat krom yang menjadikan ia tampak bersinar serta tidak mudah kotor atau calar. Daroi segi saiz pula, ia membawakan saiz standard iaitu 710x 370x 8mm

Untuk mendapatkannya, anda boleh mula membeli di Astro Go Shop pada harga RM119 sebuah.

Beli: Astro Go Shop

Dapur Gas Singer Dua Tungku – GS100EB

Jika dibandingkan dengan dapur elektrik, dapur gas biasa dilihat mampu makanan lebih cepat disebabkan oleh adanya bahagian pemanas api dan juga bahagian bawah kuali yang stabil dan konsisten.


Untuk model Singer ini, iahadir dengan tungku jenis sarang lebah yang bersaiz 100 x 100mm bersama-sama dengan kehadiran pencucuhan automatik.

Dari segi penawaran harga, dapur gas ini ditawarkan di kedai rasmi Singer pada harga RM74 sebuah.

Beli: Kedai Rasmi Singer

Dapur Gas Khind GC1090

Antara jenama yang sangat popular dalam kalangan pengguna perkakas rumah, Khind turut menawarkan dapur gas pada harga yang berbaloi.


Ia dilengkapi dengan pencucuhan Piezo Automatic selain dilengkapi dengan binaan tungku Aluminium Galvanis 90 x 90mm. Manakala. untuk berat pula, ia juga sangat ringan iaitu sekitar 2.7kg sahaja.

Bagi anda yang berminat, dapur gas ini ditawarkan pada harga RM70.90 sebuah

Beli: Kedai Shopee Khind

Dapur Gas Faber FS Casa 1012

Jika dibandingkan dengan pilihan dapur gas yang lain, ia mempunyai harga yang sedikit lebih tinggi dalam pasaran.

Faber FS Casa 1012 ini dilengkapi dengan tungku berasaskan besi selain dihadirkan dengan pencucuhan automatik 50,000 kali menggunakan satu tiub.


Ia juga mempunyai saiz yang lebih besar iaitu 706 x 371x 142mm dan berat bersih sekitar 4kg.

Untuk mendapatkannya, anda boleh mula membeli di kedai rasmi Faber pada harga RM209 sebuah.

Beli: Kedai Rasmi Faber Appliances

Berikut adalah beberapa dapur gas yang boleh anda dapatkan untuk dapur rumah bermula hari ini. Selamat membeli!

Komen