Untuk pengetahuan anda, laporan Jabatan Alam Sekitar Malaysia memperlihatkan, indeks pencemaran udara (API) tempatan semasa fasa ketiga dan keempat PKP pada tahun 2020 telah menunjukkan penurunan sebanyak 26%. Ia sekaligus mencatatkan udara yang lebih sihat berbanding sebelum PKP bermula.
Dengan kekurangan pergerakan kenderaan, kualiti udara di Malaysia dilihat menjadi lebih bersih, lebih selamat dan lebih sihat untuk semua.
Selain kebersihan udara di luar, anda juga seharusnya mementing sistem pengudaraan rumah yang baik. Hal ini kerana, anda kini semestinya lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah berbanding di luar.
Terdapat pelbagai pencemaran udara di dalam rumah termasuk virus atau kuman, habuk dan hama, gas berbahaya, kulat dan juga bau busuk.
Jadi untuk mendapatkan udara yang bersih, anda disarankan untuk mengamalkan tips dan langkah dalam memastikan rumah anda dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang baik sepanjang masa.

Bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2021 yang diraikan baru-baru ini, ia hadir dengan saranan dalam memupuk individu dengan menggalakkan peranan setiap orang dalam menulenkan udara di persekitaran kita dan menghindarkan pencemar bawaan udara.
Tidak ketinggalan, Coway hadir dengan rangkaian penulen udara mereka yang terbaru iaitu Tuba, Breeze, Lombok III dan Storm. Ia berfungsi dalam membantu rumah anda dalam mencapai indeks udara yang lebih sihat dan tulen selain memberikan udara yang bersih untuk kesejahteraan semua.

Dari segi ciri dan binaan yang ditampilkan, rangkaian penulen udara Coway ini dilihat memenuhi keperluan semua yang mengambil kira saiz dan kumpulan umur. Ia juga dilengkapi sensor pintar yang boleh mengetahui paras kualiti udara dan bertindak dalam menyingkirkan kontaminan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Jadi, bagi anda yang berminat, anda boleh melayari laman rasmi Coway untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penulen udara Coway.