Carian
Cara Masak Telur Rebus Sempurna – Tahukah Anda Purata Jualan Telur Perkapita Sekitar 370 Biji Setahun?
July 19, 2021 Lina Rosli

Tahukah anda, pencipta bekas pembuat telur separuh masak adalah daripada Malaysia?

Ia merupakan idea yang ditampilkan oleh Datuk Hew Ah Kow. Beliau bereksperimen dengan pembuatan telur separuh masak menggunakan botol tin Ovaltine. Hal ini kerana, untuk setiap kali sebelum mula bekerja, beliau akan memasak air dan akan membiarkan telur direbus sebelum mula memakannya. 

Bercakap mengenai telur lagi, laporan dari Consumer Organization menyatakan purata pengambilan telur ayam adalah sekitar 370 biji perkapita (seorang) setahun. Ini merupakan permintaan harian kira-kira 30 juta telur dijual sehari di Malaysia

Bahkan menurut Asian Poulty Magazine, segmen ternakan Malaysia yang paling menguntungkan dan mempunyai nilai keluaran tertinggi adalah yang melibatkan itik dan ayam dengan purata pengeluaran sekitar 2 juta ekor sehari.


Mengapa Individu Menggemari Telur Ayam Atau Itik?

Berdasarkan sesi temu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di MStar pada tahun 2016, individu di Malaysia memilih ayam sebagai sumber protein utama yang murah berbanding makanan lain.

Ia disokong lagi dengan kebaikan untuk kesihatan yang mengatakan bahawa telur dapat meningkatkan kolesterol baik yang diperlukan oleh tubuh. Maka tidak hairanlah mengapa ramai individu menyediakan telur dalam kebanyakan hidangan harian mereka.


Bagaimana Cara Mendapatkan Telur Rebus Yang Sempurna?

Telur rebus merupakan salah satu menu makanan yang mudah dan memberikan kuantiti tenaga yang banyak jika diambil pada waktu sarapan.

Ia sering dipadankan atau disediakan bersama nasi lemak, salad, sandwic, atau hidangan mi yang lain.

Jadi, untuk mendapatkan telur rebus yang sempurna, ia memerlukan teknik memasak yang betul. Ia kedengaran agak remeh, namun ia memerlukan masa yang tepat untuk menghasilkan telur rebus yang elok tanpa retak atau isi dalamnya yang belum cukup masak.

Berikut adalah cara memasak telur rebus yang sempurna:

  1. Pilih saiz periuk yang bersesuaian dengan kuantiti telur yang akan anda masak. 
  2. Untuk pemanasan, anda perlu memasukkan air yang secukupnya ke dalam periuk. Paras air yang paling sesuai adalah kira-kira satu inci di atas telur yang telah diletakkan di dalam periuk.
  3. Anda boleh meletakkan satu sudu cuka atau garam di dalam air bagi mengelakkan kulit daripada retak.
  4.  Tetapkan api di paras sederhana. Letakkan periuk di atas api yang sederhana tinggi. Anda disarankan untuk tidak menutup periuk kerana ia membantu mengurangkan kemungkinan cengkerang telur dari retak.
  5. Dari segi masa, telur besar seperti telur gred AA biasanya memerlukan masa yang lebih lama untuk masak iaitu sekitar 15 minit, dan telur sederhana pula memerlukan masa sekitar 12 minit.
  6. Setelah masak, anda boleh mengangkat telur dan biarkan telur disejukkan selama 5 minit. Cara yang terbaik adalah dengan mengalirkan air diatas telur selama 5 minit sebelum mula mengupasnya.

Bagi anda yang mungkin mempunyai tips lain, anda boleh berkongsi dengan Tajria dengan mula melakukan perkongsian platform Tajria bermula hari ini. Selamat mencuba! 

Komen