Carian
Sofa Dan Langsir Mempunyai Bau Asap Memasak? Ikuti Tips Ini Untuk Mengembalikan Kesegaran Rumah
July 20, 2021 Lina Rosli

Bau asap memasak dari dapur sememangnya insiden yang sukar untuk dikawal lebih-lebih lagi untuk rumah dengan ruang dapur yang kecil.

Pada pengalaman penulis sendiri, setiap kali selepas memasak pastinya perlu meletakkan pewangi dan memasang lilin untuk menghilangkan bau asap yang terdapat di udara. Jika tidak diberikan pengudaraan yang sebaiknya, sudah tentu baunya akan kekal lebih lama di sofa, langsir dan juga karpet.


Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa tips yang boleh anda praktikkan bagi mengurangkan masala bau asap di dalam rumah anda.

Langkah Pertama: Kenalpasti Penyebab Asap

Langkah pertama untuk menghilangkan bau asap di dalam bilik adalah mengenal pasti sumbernya dan anda perlu membersihkannya.

Sekiranya kuali yang anda masak berasap atau mempunyai kerak yang mempunyai bau hangus, makanya anda perlu mencuci kuali dan membuang makanan yang hangus.

Namun, jika ia sekadar asap makanan biasa, anda hanya perlu mengalihkannya ke kawasan yang lebih berangin.

Langkah Kedua: Buka Pintu Dan Tingkap

Seterusnya yang anda perlu lakukan selepas masak adalah membuka seberapa banyak pintu dan tingkap di rumah untuk memberikan pengudaraan yang baik.

Sekiranya pintu dan tingkap sukar untuk dibuka, anda boleh cuba buka sekurang-kurangnya satu pintu dan tingkap di setiap hujung rumah.

Langkah Ketiga: Letak Dan Buka Kipas

Sekiranya anda tidak mempunyai angin yang cukup untuk menghilangkan bau asap, anda boleh menggunakan kipas untuk menghasilkan kesan yang serupa.

Hasilnya, ia dapat mengeluarkan asap dengan lebih pantas supaya tidak berada lama di dalam rumah.


Langkah Keempat: Guna Pembersih Udara Atau Lilin

Anda boleh memasang penyegar udara ataupun lilin wangi yang mampu menghasilkan aroma yang lebih segar sekaligus membanru menghilangkan bau busuk.

Namun, harus diingatakan, elakkan daripada menggunakan pewangi yang terlalu kuat. Hal ini kerana, gabungan bau asap dan wangian kadang-kadang akan menyebabkan bau yang lebih teruk daripada bau asap.

Oleh itu, anda disarankan menggunakan produk dengan wangian semula jadi yang befungsi lebih baik dalam membantu menghilangkan bau dari udara.

Bagi anda yang mencari alat pembaur baru untuk rumah anda, ini adalah beberapa produk yang boleh anda dapatkan di Shopee.

Langkah Kelima: Cuci Kain Fabrik Yang Terkena Asap

Jika anda mendapati bau dan partikel asap sudahpun melekat pada angsir, alas meja dan sofa rumah anda, anda disarankan untuk basuh barang-barang tersebut mengikut arahan penjagaan mereka untuk menghilangkau bau yang tidak nyaman.

Untuk permaidani, anda boleh mengurangkan bau terbakar dengan menaburkan soda penaik di atasnya selama beberapa jam. Kemudian, bersihkan serbuk tersebut menggunakan penyedut hampagas. 

Komen