Menurut perancangan Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (Marii), mereka kini komited dalam menyediakan fasiliti yang cukup selain memperluas sektor automotif yang merangkumi Next Generation Vehicles (NxGV), Mobiliti-sebagai-Perkhidmatan (MaaS) dan juga Industri 4.0.
Inisiatif ini turut merangkumi pembangunan kenderaan cekap tenaga iaitu Energy Effisient Vehicles (EEV) yang mana melibatkan kenderaan elektrik (EV) dan juga Fuel Cell Vehicle (FCV) yang dijangka akan mula meluas menjelang 2030 ini.

Satu kajian yang dijalankan SOCAR baru-baru ini, kehadiran mereka di dalam pasaran adalah antara penyumbang kepada pengenalan dan penggunaan EV yang mana sekitar 89.9% individu menyatakan minat menggunakan EV melalui laman mereka. Hal ini kerana, servis mobiliti yang dijalankan mereka telahpun memperkasakan penglibatan rakyat Malaysia dalam mencapai akses kepada kenderaan elektrik dan juga pelbagai pilihan kenderaan yang lain.
Salah satu penyebab kurangnya pemilikan EV dalam kalangan inidividu adalah disebabkan tawaran harga pasaran yang tinggi.

Untuk pengetahuan anda, harga EV adalah 30% hingga 40% lebih tinggi berbanding kereta yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman. Berdasarkan tinjauan, hanya 17.21% individu sahaja yang dikatakan sanggup untuk membayar kereta dengan harag 10% lebih tinggi dari kereta biasa ataupun 16.06% yang lain sanggup membayar lebih 30%.
Menurut Socar lagi, di samping harga yang tinggi, 72.5% individu tidak memilih EV sebagai kereta sendiri adalah disebabkan ketersediaan stesen pengecasan yang terhad. Walau bagaimanapun, dengan kerjasama pelbagai industri automotif dalam memperluaskan ekosistem EV secara holistik, maka ia akan memberikan kemudahan pengendalian Ev pada masa kelak.

Mengoptimumkan data untuk pelancaran strategik
Inisiatif dari pihak Socar, mereka kini sedang giat dalam mengumpulkan data bagi membantu pengeluar automotif menambah baik pengalaman pemanduan EV.
Bukan itu sahaja, secara tidak langsung, data dari Socar juga turut membolehkan kolaborasi dengan pemain infrastruktur pengecasan dan penyedia perkhidmatan mobiliti lain bagi merancang lokasi penyediaan perkhidmatan EV dengan lebih berkesan.

Selain itu, penyedia perkhidmatan mobiliti juga boleh mengoptimumkan data bagi memastikan stesen pengecasan dibina di lokasi yang tepat bagi memenuhi permintaan pemanduan di dalam bandar dan jarak jauh.
Akhir sekali, bagi anda yang berminat untuk memiliki EV, anda boleh membaca lanjut mengenai faktor utama yang perlu anda ambil kira sebelum mula membeli dan menggunakannya di Malaysia.