Bagi anda yang kerap menggunakan Shopee, tahukah anda terdapat beberapa kedai serbaneka dan kedai barangan keperluan yang boleh anda lawati dan melakukan pembelian?

Kesemua kedai ini hadir dengan pelbagai pilihan produk dan kategori yang merangkumi hampir semua keperluan anda selain ditawarkan pada harga yang rendah dan berpatutan.

Berikut adalah senarai kedai RM2 yang boleh anda lawati di Shopee untuk mendapatkan barangan pilihan anda.

Ninso Official Store

Selain ditawarkan secara fizikal, anda juga boleh melawati kedai rasmi Ninso di Shopee.


Ia menawarkan pelbagai barangan meliputi makanan bungkusan, bahan penyediaan makanan, alat kesihatan dan kecantikan, barang-barang keperluan rumah dan banyak lagi pada harga, kualiti dan kualiti yang berpatutan.

Jika anda berminat, kedai rasmi Ninso menawarkan hampir 10,000 produk yang berharga hanya RM2.10 setiap satu. 

– Layari Kedai Ninso di Shopee hari ini!

ECO Shop Malaysia

Nama yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan penggemar barangan RM2, ECO Shop juga mempunyai kedai di platform atas-talian Shopee.

Seperti yang anda ketahui, ECO Shop adalah jenama harian kepada setiap isi rumah di Malaysia yang menjual lebih daripada 10,000 barangan isi rumah setiap hari.


Selari dengan misinya untuk membawakan kemudahan kepada pembelian barangan rumah, jenama ini menawarkan pelbagai produk termasuk makanan, bahan membuat kek, keperluan bekebun, barangan perhiasan bilik, alat tulis dan banyak lagi pada harga RM2.10.

– Layari Kedai ECO Shop di Shopee hari ini!

Cheap2+Shop

Kedai yang seterusnya adalah Cheap2Shop atau turut disebut sebagai Cheap2+Shops. Seperti kedai Eco Shop dan juga Ninso, kedai ini juga mempunyai kedai fizikal dan turut beroperasi secara atas talian sahaja menerusi laman rasminya iaitu www.cheap2shops.com.


Menurut Cheap2+Shop, penawaran barangan pada harga yang rendah adalah bertujuan untuk mengajak pelanggan membeli dan menikmati produk berkualiti yang merangkumi barangan keperluan memasak di dapur, item fesyen serta gaya hidup moden sepanjang masa.

Dari segi harga pula, ia menampilkan hampir 10,000 barangan pada harga RM2.10 sahaja.

– Layari Kedai Cheap2Shop di Shopee hari ini!

NT Shop Malaysia

NT Shop Malaysia adalah kedai bernilai RM2.10 yang juga menjual lebih dari 10,000 barangan keperluan rumah harian termasuk peralatan dapur, perkakasan, plastik dan tupperware, aksesori rambut, alat tulis, makanan dan minuman serta banyak lagi.


Bagi anda yang mungkin inginkan kelainan dari pembelian biasa di kedai RM2 yang biasa, sudah tentu NT Shop Malaysia adalah pilihan yang sesuai untuk anda terokai.

– Layari Kedai NT Shop Malaysia di Shopee hari ini!

Grabbit Malaysia

Berbeza sedikit dengan kedai yang lain, Grabbit adalah kedai serbaneka yang menampilkan pelbagai barangan keperluan anda pada yang harga berbaloi dengan kualiti dan kemudahan yang ditawarkan.


Anda boleh mendapatkan kesemua produk pada harga RM2.20 sahaja. Ia juga mempunyai pilihan sehingga 300 barangan yang merangkumi alat tulis, keperluan berkebun, alatan bertukang dan bermacam-macam lagi.

Bagi yang berminat, anda boleh terokai Grabbit Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penawaran mereka.

– Layari Kedai Grabbit Malaysia di Shopee hari ini!

Menarik bukan? Jangan lupa untuk menebus terlebih dahulu baucar yang disediakan oleh pekedai mahupun Shopee untuk setiap kali anda membuat pembelian. Bukan itu sahaja, pastikan anda menggunakan kesemua fungsi dan tawaran menarik yang disediakan pada platform Shopee untuk lebih penjimatan.