Sebelum ini, Tajria pernah berkongsi kepada anda beberapa bisnes dan jenama makanan yang menawarkan promosi menarik bersempena memberikan galakkan kepada orang ramai untuk mengambil vaksin.

Kali ini, terdapat beberapa lagi jenama yang turut menyertai dan merancakkan penglibatan orang ramai dalam mendapatkan vaksin di samping mempromosikan juga produk mereka.

Berikut adalah beberapa tawaran menarik yang boleh anda dapatkan:

MyKori Dessert Cafe

Untuk peminat manisan dari MyKori, anda boleh mendapatkan 1 sudu aiskrim Mykori percuma bermula hari ini.

Anda yang telah mendapatkan vaksin sama ada dos pertama dan kedua, anda boleh menebus tawaran ini dengan hanya mempamerkan aplikasi Mysejahtera anda kepada juruwang.

Namun, tawaran ini hanya boleh mendapatkan aiskrim perisa asas sahaja. Jika anda memilih perisa aiskrim premium, bayaran tambahan akan dikenakan.


Komugi Malaysia

Berita baik untuk peminat pastri dan manisan, Komugi Malaysia menawarkan diskaun menarik untuk pembelian produk di rangkaian kedai mereka.

Bagi anda yang baru mendapatkan dos yang pertama, anda akan menerima diskaun 10% untuk setiap pembelian, manakala untuk penerima dos kedua pula anda boleh mendapatkan diskaun sebanyak 20%.

Tawaran ini sah hanya 14 hari selepas anda menerima vaksinasi.


SF Coffee

Untuk peminat kopi, anda berita baik untuk anda yang mana San Fransisco Coffee atau SF Coffee kini telah melanjutkan promosi istimewa mereka sehingga 31 Julai 2021.

Anda boleh mendapatkan minuman beli satu percuma satu setelah mendapatkan dos pertama vaksin anda.

Apa yang perlu anda buat adalah:

  1. Tunjukkan bukti vaksinasi anda melalui aplikasi mySejahtera.
  2. Kemudian, beli minuman ‘Large Ultimate Frappes’ di semua rangkaian SF Coffee berdekatan anda.
  3. Jangan lupa untuk Like dan Follow SF Coffee di laman media sosial rasmi mereka di Instagram dan juga Facebook!

Tedboy Bakery

Nampaknya, anda sudah tentu tidak ingin ketinggalan dalam mendapatkan secawan air kopi dan juga air teh percuma selepas mendapatkan vaksinasi.

Jadi untuk mendapatkannya, anda boleh membuat pembelian di Tedboy Bakery sebelum 30 September 2021 dan menerima air percuma dengan hanya menunjukkan aplikasi MySejahtera dan kad vaksin sahaja.


Old Town White Coffee

Selain kopi di SF Coffee, anda juga boleh mendapatkan hidangan kegemaran anda seperti minuman dan makanan lain seperti Iced Chocolate, air soya dan Mee Kari, Laksa Penang dan bermacam-macam khusus di Old Town White Coffee pada harga yang lebih murah.

Hal ini kerana, Old Town White Coffee memberikan diskaun sebanyak 20% kepada pelanggan yang telah divaksin dengan hanya menunjukkan bukti vaksinasi di kaunter makanan.


Meat Cartel

Anda juga boleh mendapatkan diskaun 20% untuk semua pembelian smashed burger.

Apa yang perlu anda buat hanyalah mempamerkan aplikasi MySejahtera atau kad vaksinasi sebagai bukti penerimaan vaksin.


Domino’s Pizza Malaysia

Bagi anda yang menggemari piza, maka ini adalah peluang anda untuk merebut diskaun dan tawaran menarik daripada Domino’s Pizza.

Tidak perlu tunggu selepas vaksin, cukup sekadar mendaftar untuk mendapatkan vaksinasi dan anda boleh terus menebus tawaran 2 piza saiz regular pada harga RM19 sahaja.

Menarik bukan? Tawaran ini sah sehingga 31 Ogos 2021 dengan pembelian untuk bungkus dan bawa pulang.


The Manhattan Fish Market

Bukan itu sahaja, The Manhattan Fish Market juga menawarkan promosi 30% untuk setiap pembelian ala-carte yang dipesan untuk setiap pembelian.

Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu menunjukkan kad vaksin anda di aplikasi MySejahtera anda selepas mendapatkan dos yang pertama atau kedua. 


7 Eleven

Tidak ketinggalan, kolaborasi bersama Walls dan 7 Eleven Malaysia turut membawakan kepada anda promosi menarik yang boleh mula anda tebus sehingga stok masih ada.

Anda hanya perlu memuat turun aplikasi 7 Eleven dan mula mendaftar. Kemudian, tunjukkan pula bukti bahawa anda telah mendapat vaksin menerusi aplikasi MySejahtera dan akhir sekali juru kaunter akan imbas kod ahli anda dan and aboleh menebus Wall’s Asian Delight kegemaran anda.


KGB Killer Gourmet Burgers

Apabila anda membeli makanan di KGB Killer Gourmet Burgers, jangan lupa untuk menebus dan mendapatkan peluang menaiktaraf set pembelian biasa kepada yang lebih baik secara percuma.

Mudah sahaja, anda hanya perlu menunjukkan kad vaksin anda selepas mendapatkan dos yang pertama atau kedua. 


Temerloh Catering

Bagi anda yang mendapatkan vaksin di IDCC (Idea Convention Centre Shah Alam), jangan lupa untuk singgah ke kedai makan Temerloh Catering dan mendapatkan promosi untuk set patin tempoyak kecil pada harga RM7 sahaja.

Anda hanya perlu menunjukkan bukti vaksin dan mula menikmati set hidangan ini dan ianya hanya terhad untuk satu kali penebusan sahaja.


Selain makanan dan minuman, terdapat beberapa perniagaan lain yang turut menawarkan promosi ini termasuk:

Focus Point

Kedai cermin mata popular ini turut menyokong program vaksinasi dan menawarkan beberapa promosi menarik dalam memastikan mata anda dan keluarga sentiasa dilindungi.

Antara tawaran menarik yang boleh anda dapatkan termasuk:

  • Mendapatkan set naiktaraf ke Hoya Bacterial Control Lens dan juga pelitup muka KF94 secara percuma.
  • Diskaun 30% untuk bingkai berjenama terpilih
  • Diskaun 50% untuk cermin mata hitam berjenama terpilih.

Anda boleh menebus tawaran hebat ini di kedai Focus Point berdekatan anda di di seluruh negara dan jangan lupa untuk mendaftar keahlian hari ini.


Dons Services

Anda juga boleh mendapatkan servis pembersihan dan sanitasi kediaman atau pejabat dan ruang peribadi anda menggunakan Dons Services.

Apa yang menarik, anda hanya perlu menunjukkan kad vaksin ataupun aplikasi MySejahtera sebagai bukti anda telah divaksin. Terima promosi sebanyak 30% untuk servis yang diinginkan sebelum 31 Julai 2021.


Berikut adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik yang boleh anda tebus selapas anda menerima suntikan vaksinasi anda.

Anda juga boleh kongsikan banyak lagi tawaran menarik yang boleh orang ramai dapatkan selepas ini. Selamat mencuba!