Selain tepung gandum, tepung naik sendiri atau self-raising merupakan ramuan penting dalam penyediaan hidangan berasaskan ragi. Ia mula diperkenalkan di United Kingdom pada abad ke-19 yang mana ia banyak digunakan di dalam resipi biskuit, wafel atau penkek.
Tepung ini dihasilkan secara komersial yang mana ia dihadiri dengan bahan utama selepas tepung iaitu serbuk penaik.
Dengan kehadiran bahan penaik, ia akan memberikan tekstur yang lembut untuk kek anda. Namun, harus diingatkan, jika anda menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat terlalu banyak, ia akan memberikan rasa yang tidak menyenangkan dan sedikit pahit pada kek dan biskut anda.
Bolehkah anda menggantikan tepung penaik sendiri dengan tepung biasa dan serbuk penaik?
Jawapannya tidak. Sekiranya resipi anda meminta tepung biasa atau tepung gandung, penting untuk diingat bahawa kedua-dua ramuan ini tidak boleh ditukar ganti dan anda harus menggunakan tepung yang disyorkan dalam resipi bersama dengan mana-mana agen penambah seperti serbuk penaik atau soda bikarbonat.
Bukan itu sahaja, jika anda menggunakan tepung naik sendiri dalam resipi yang tidak memerlukannya, ia akan menyebabkan hasil makanan anda menjadi sedikit masin disebabkan kehadiran garam di dalam campuran tepung naik sendiri.
Bagaimana Boleh Anda Menyediakan Tepung Naik Sendiri Di Rumah?
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan dalam menyediakan tepung naik sendiri:
- 1 cawan atau 120g tepung serba guna
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh garam
Cara Penyediaan:
- Masukkan tepung serbuk guna, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
- Gunakan sudu atau pemutar untuk mencampurkan tepung dan serbuk penaik sehingga sebati.
- Kemudian, ayak campuran tepung dan serbuk penaik menggunakan pengayak bagi menjadikan tepung lebih halus sekaligus memberikan tekstur tepung yang lebih mudah untuk naik ketika dalam adunan.
- Gunakan tepung penaik sendiri seperti yang dinyatakan dalam resipi. Simpan pada suhu bilik sehingga 6 bulan.
Secara umum, jika anda menggunakan tepung jenis ini, anda perlu menghilangkan atau mengeluarkan serbuk penaik tambahan ketika menyediakan mufin, kek cawan dan lain-lain.
Sekiranya anda tidak mempunyai penimbang yang tepat untuk mengetahui kuantiti bahan untuk kek anda, Tajria sebelum ini telah kongsi kepada anda cara tukaran cawan kepada gram untuk penyediaan bahan kek dan biskut.