Bemula jam 2 sehingga 5 petang, anda boleh memesan set Snek Jimat yang membawakan dua set kombo berbeza.

Untuk set kombo A, anda boleh mendapatkan Cheesy Wedges, nuget ayam dan juga air pada harga RM7.99.

Sementara set kombo B pula, ia menampilkan pilihan kulit ayam goreng bersama-sama Loaded Potato Bowl dan juga satu tin air pada harga RM9.99.

Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan set makan petang anda ingin mula membuat pesanan, anda boleh mula:

  1. Muat turun aplikasi KFC Malaysia di Play Store atau App Store. Atau anda juga boleh melayari laman rasmi KFC Malayasia.
  2. Kemudian, masukkan alamat anda dan mula memilih pesanan sama ada kombo A dan juga kombo B.
  3. Aplikasi ini akan memasukkan kod promosi SNEKTIME secara automatik.
  4. Walau bagaimanapun, untuk meneruskan pembelian, anda perlu membuat pesanan melebihi RM15 tidak termasuk caj penghantaran.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba KFC Burger Banjir yang menyajikan KFC Zinger Burger yang disaluti dengan sos BBQ Salai yang sungguh menyelerakan untuk santapan petang.