Lina Rosli Diterbitkan 11 August 2021

Ini 3 Cadangan Oksimeter Yang Boleh Anda Dapatkan Di Shopee

Sebelum ini Tajria pernah berkongsi cara penggunaan dan bacaan untuk oksimeter yang boleh anda praktikkan.

Untuk yang tidak mengetahui, oksimeter adalah alatan eletronik yang membantu anda memantau jumlah oksigen yang mengalir di dalam badan. Alat ini akan dipasangkan dihujung jari dan kemudiannya akan mula mengukur kadar nadi anda dan berapa banyak oksigen dalam sistem tubuh anda.

Jadi untuk mendapatkan oksimeter, anda boleh membelinya di farmasi atau klinik berdekatan anda. Namun, jika anda ingin melakukan pembeli secara atas-talian, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa kedai Shopee yang boleh anda terokai bagi membeli oksimeter.


The EZ Page

Kedai The EZ Page ini menawarkan alat oksimeter pada harga RM39.90 sekotak. Melalui ringkasan yang ditulis pada ruangan penerangan, Pulse Oximeter Model LZX-333 ini membolehkan anda melakukan pemeriksaan kadar oksigen dalam darah selain melakukan tinjauan untuk kadar denyut nadi (PR) dan juga indeks perfusi (PI).

Untuk PI, ia dikira sebagai nisbah aliran darah berdenyut ke darah tidak berdenyut dalam tisu periferal.

Menariknya, untuk pembelian ini ia menyertakan sekali 2 bateri AAA bersama-sama dengan peranti.


Beli di kedai : Pulse Oximeter Health Meter Finger Care Blood Oxygen Monitor SpO2 Color Display

Gadget Hub

Model yang ditawarkan oleh kedai ini adalah Fingertips Pulse Oximeter LK-87. Harganya adalah sedikit lebih murah iaitu sekadar RM16.88 sahaja.

Secara umumnya, Pulse Oximeter LK-87 ini juga boleh digunakan bagi memantau kadar oksigen dalam darah selain melakukan tinjauan untuk kadar denyut nadi (PR) dan juga indeks perfusi (PI).

Tetapi, kedai ini tidak menyertakan bersama bateri AAA yang mana anda perlu melakukan pembelian bateri secara berasingan.


Beli di kedai : LK-87 Fingertips Pulse Oximeter Heart Pulse Rate PR And Blood Oxygen SpO2

WPM Online

Harga untuk model Yuwell YX301 ini adalah jauh lebih mahal berbanding dua cadangan lain di atas, iaitu RM209.90. 

Bagi anda yang kerap keluar dan banyak bergerak, maka oksimeter dari kedai ini adalah pilihan yang bersesuaian kerana, anda boleh mendapatkan sekali beg penyimpan oksimeter.

Dari segi spesifikasi, ia masih memaparkan informasi merangkumi kadar oksigen dalam darah (SpO2) dan juga menampilkan juga kadar denyut nadi (PR) dan juga indeks perfusi (PI).

Apa yang menarik mungkin adalah pemaparan skrin yang boleh dibaca daripada 4 sisi dan juga penawaran bateri AAA secara percuma.


Beli di kedai : Yuwell YX301 Fingertip Spo2 Pulse Oximeter Digital LED Health Oxygen Monitor

Sebelum anda membuat pesanan, pastikan anda semak dahulu diskaun atau promosi yang ditawarkan pada slot Shocking Sales atau tebus dahulu baucar yang bersesuaian dan nikmati pulangan syiling untuk pembelian anda. Kunjungi Shopee Mall dan mula membuat pesanan hari ini.