Carian
KFC Extra Hot & Spicy – Turut Menawarkan Kentang Goncang Semperna Merdeka
August 25, 2021 Lina Rosli

Selepas hadir dengan KFC Burger Banjir pada Julai yang lalu, kini KFC Malaysia membawakan satu lagi menu baru bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang bakal tiba kelak.

Nampaknya, KFC kali ini membawakan kepada semua menu yang paling ditunggu-tunggu ramai iaitu Ayam Extra Hot & Spicy baharu.


Bertepatan dengan selera rakyat Malaysia yang menggemari pedas, sudah tentu menu ikonik ini akan menjadi pilihan juadah yang sangat sesuai sewaktu bulan kemerderkaan ini.

Menurut KFC, ia menampilkan ayam Hot & Spicy yang ditambahkan lagi tahap kepedasan pada salutan. Ia membawakan juga resipi perapan berempah baharu dan dipadankan juga dengan campuran tepung berempah yang lebih rangup untuk setiap gigitan, namun masih kekal berjus di bahagian dalam.


Bersama-sama dengan ayam, KFC turut menampilkan sekali KFC Kentang Goncang. Kentang ini juga hadir dengan paket perasa Hot & Spicy untuk ditabur
dan kemudiannya digoncang sehingga sekata. 


Bagi anda yang ingin mendapatkannya, KFC Extra Hot & Spicy ditawarkan di semua rangkaian restoran KFC bermula 26 Ogos. Ia ditawarkan dengan pilihan hidangan Kombo 2 ketul, 3 ketul, Box Meal dan juga Kombo Bucket pada harga bermula RM15.99. Untuk Kentang Goncang, ia boleh dibeli secara berasingan bagi anda yang ingin mencubanya.

Jangan ketinggalan untuk membuat pesanan untuk KFC Extra Hot & Spicy melalui aplikasi KFC Malaysia (Play Store, App Store) ataupun laman web rasmi KFC. Anda juga melakukan pesanan secara pandu lalu dan juga ambil sendiri di KFC berdekatan.

Komen