Carian
3 Cadangan Peti Sejuk Mini Mudah-Alih Yang Boleh Beli Di Shopee
August 26, 2021 Lina Rosli

Sebelum ini, Tajria telah berkongsi kepada anda 5 jenis peti sejuk utama yang boleh anda pertimbangkan untuk anda letak di rumah anda. Ia termasuk peti sejuk jenis top freezer, side-by side, french door dan banyak lagi.

Tidak dinafikan, peti sejuk merupakan satu item yang penting untuk dapur anda. Ia berfungsi dalam memastikan kualiti produk makanan akan lebih terjamin selain memberikan kesegaran yang tahan lama. Jadi, alangkah baiknya jika kemuudahan ini dapat di bawa kemana-mana sahaja.

Oleh itu, Tajria hari ini ingin berkongsi kepada anda beberapa jenis peti sejuk mini mudah alih yang boleh diletakkan di dalam bilik anda ataupun di dalam kereta sewaktu anda keluar berjalan, berkelah dan juga melancong di dalam negara.


Apa Itu Peti Sejuk Mini Mudah Alih?

Peti sejuk mini mudah alih atau dipanngil sebagai Portable Mini Fridge adalah sangat sesuai untuk diletakkan di ruang peribadi, pejabat, di dalam kereta ketika perjalanan jauh, berkhemah dan banyak lagi.

Disebabkan oleh ia hadir dengan kapasiti yang yang kecil, ia adalah amat-mmudah untuk diangkat, dipasang dan digunakan tanpa memerlukan sambungan kuasa yang tinggi.

Antara barang-barang yang boleh diletakkan di dalam peti sejuk mini mudah alih ini termasuk:

  • susu bayi
  • Minuman botoll atau makanan seperti buah-buahan, coklat dan juga snek
  • Alat kosmetik

Menarik bukan? Peti sejuk mini mudah alih ini dikatakan serba boleh dalam melakukan simpanan barangan pada kuantiti yang sedikit. Walaupun ia hadir pada saiz yang kecil, ia masih menampilkan kualiti dan fungsi maksimum yang hampir sama dengan peti sejuk biasa yang lain.

Ini 3 Jenis Peti Sejuk Mini Mudah Alih Yang Boleh Dibeli 

Berikut adalah 3 senarai produk yang boleh anda dapatkan sama ada di laman rasmi jenama dan juga kedai atas-talian Shopee ataupun Lazada:

Baseus 8L Mini Fridge 

Peti sejuk mini dari Baseus ini hadir dengan kapasiti tidak begitu kecil iaitu sebesar 8L yang mana cukup memenuhi keperluan satu hari. Ia mempunyai dua bahagian atas dan bawah yang membolehkan anda menyusun yogurt ataupun meletakkan 2 bar coklat, 3 tin minuman dan juga 2 gugus buah anggur.


Dari segi spesifikasi, peti sejuk ini dilengkapi fungsi pemanasan dan penyejukan. Pemanasan akan mengambil masa 1 jam untuk mencapai suhu stabil, sementara penyejukan pula mengambil masa sekitar 1.5 jam.

Malah anda tidak perlu risau untuk penggunaan tenaga kerana ia dihadirkan dengan teknologi cekap tenaga dan memerlukan sekadar 60W sahaja. Untuk ciri keselamatan juga, anda boleh meletakkan kata laluan untuk mengunci peti sejuk anda.

Dapatkan peti sejuk ini di:

Baseus 6L Portable Mini Fridge

Jika anda mengingkinkan saiz yang kecil, Baseus turut menawarkan peti sejuk mini mudah alih 6L. Sama seperti fungsi yang 8L, ia turut menawarkan ciri pemanasan dan penyejukan.

Cuma apa yang membezakan adalah kapasitinya yang lebih kecil selain beratnya yang lebih ringan iaitu 3.5kg dan juga penggunaan tenaga yang lebih sedikit 45W berbanding produk yang besar.


Bercerita sikit mengenai suhu yang ditawarkan, julat suhu untuk peti sejuk ini adalah sekitar 0 hingga 40 darjah Celsius yang mana ia tidak sesuai dijadikan sebagai peti sejuk beku dan juga peranti untuk memanaskan makanan.

Dapatkan peti sejuk ini di:

10L Portable Dual Use Outdoor Mini Fridge

Jika anda inginkan peti sejuk mudah alih yang lebih besar kapasiti, mungkin anda akan berminat peti sejuk 10L Portable Dual Use Outdoor Mini Fridge. Ia menampilkan tiga bahagian untuk simpanan makanan selain mempunyai lampu yang membolehkan penggunaan mudah untuk waktu malam.


Oleh kerana ia adalah peti sejuk untuk kereta, maka ia hanya berfungsi untuk enyimpanan dan pemeliharaan pada suhu sejuk biasa yang tidak kurang dari 5 darjah Celsius. Disebabkan itu, anda tidak digalakkan meletakkan makanan sejuk beku untuk mengelakkan fenomena pencairan.

Dapatkan peti sejuk ini di:

Berikut adalah beberapa produk peti sejuk mini mudah alih yang boleh anda dapatkan untuk penggunaan peribadi. Jika anda mempunyai cadangan yang lain, anda juga boleh berkongsi dengan pembaca Tajria menerusi perkongsian artikel di platform ini.

Komen