Lina Rosli Diterbitkan 3 September 2021

Kini Di Zalora – Koleksi Eksklusif H&M Divided The Simpsons

Dengan kehadiran H&M atau nama panjangnya Hennes & Mauritz, nampaknya ia telah sedikit-sebanyak telah memperluaskan penawaran fesyen dalam platform Zalora. Melaluinya, ia dijangka akan menghasilkan potensi besar untuk pertumbuhan masa depan H&M dalam industri fesyen.

Selari dengannya, jenama di bawah H&M iaitu H&M Divided telah melancarkan koleksi baru yang penuh berwarna-warni menerusi kolaborasi bersama siri televisyen popular The Simpsons untuk musim panas ini.


Berbeza dengan siri Popeye yang turut ditampilkan bersama, koleksi The Simpsons menawarkan imej yang lebih ranggi dan istimewa menerusi penampilan corak bercetak serta potongan-potongan pada baju dengan warna yang menarik seperti gabungan biru terang dan kuning neon serta hijau yang sememangnya menambah lapisan perincian yang lebih menawan pada koleksi.


Ia juga hadir dengan rekaan kartun The Simpsons pada baju dan seluar. Hasilnya, ia memberikan pengalaman pemakaian yang santai dan juga minimal untuk musim panas ini.


Koleksi ini membawakan set top dan seluar pendek. Namun, ia turut hadir dengan skirt panjang bagi anda yang ingin tampil lebih feminin dan dalam pada masa yang sama kekal bergaya seperti Simpsons. Bagi anda yang berminat, kesemua pakaian ini boleh didapati secara eksklusif di Zalora bermula hari ini.